{"id":4429,"date":"2021-09-26T06:32:05","date_gmt":"2021-09-26T06:32:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4429"},"modified":"2021-09-26T06:34:22","modified_gmt":"2021-09-26T06:34:22","slug":"fokus-perkukuh-sabah-fc-ong-kim-swee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/fokus-perkukuh-sabah-fc-ong-kim-swee\/","title":{"rendered":"Fokus perkukuh Sabah FC &#8211; Ong Kim Swee"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Pengurusan Sabah FC tidak meletakkan sebarang sasaran piala atau kedudukan liga, sebaliknya mahu pasukan The Rhinos itu diperkukuhkan supaya mampu bersaing dengan pasukan lain dalam Liga Super dan di peringkat lebih tinggi.<\/p>\n<p>Ketua jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee berkata, hasil perbincangannya dengan\u00a0Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah\u00a0Datuk Seri Bung Moktar Radin\u00a0dan pengurusan Sabah FC,\u00a0usaha mengukuhkan pasukan itu lebih terarah kepada mempersiapkan skuad Sabah FC\u00a0menghadapi saingan Liga Super musim depan dengan pelbagai perancangan.<\/p>\n<p>Selain\u00a0itu, bekas ketua jurulatih Harimau\u00a0Malaya itu berkata beliau\u00a0diberi tanggungjawab\u00a0memastikan program pembangunan pemain muda di negeri itu mampu melahirkan bakat baharu untuk\u00a0diketengahkan sebagai pemain senior Sabah FC kelak.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Ini tanggungjawab yang besar dan apabila berbincang dengan Datuk Seri (Bung Moktar Radin) serta\u00a0 pengurusan Sabah FC, kita tidak meletak sebarang\u00a0sasaran tinggi,\u00a0di sini kita perlu realistik&#8230;matlamat kita untuk jadi lebih baik dalam Liga Super 2022.<\/p>\n<p>&#8220;Sudah tentu kehadiran saya di sini\u00a0bukan tertumpu kepada pasukan senior sahaja, sebaliknya\u00a0perlu sentuh\u00a0semua peringkat di Sabah untuk kita cungkil bakat muda bagi diketengahkan dengan kualiti masing-masing,&#8221; katanya pada sidang media\u00a0di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Kim Swee\u00a0 ditemui pada majlis menandatangani perjanjian kontrak selama dua tahun beliau bersama Sabah FC, yang turut\u00a0dihadiri\u00a0Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ditanya tentang persiapan Sabah FC\u00a0menghadapi Piala Malaysia, ketua jurulatih berusia 50 tahun itu berkata beliau mahu semua pemain mengambil pendekatan satu permainan pada satu masa dan mempamerkan semangat juang yang tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Semangat juang ini saya harap dapat kita tunjuk pada perlawanan pertama dengan PJ City FC, kemudian dengan Kelantan FC, jika mampu capai dua kejayaan ini peluang kita lebih terbuka ke suku akhir,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada saingan Piala Malaysia musim ini, Sabah FC diundi dalam kumpulan D bersama Johor Darul Ta&#8217;zim FC, PJ City FC dan Kelantan FC.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pasukan The Rhinos\u00a0itu bakal menghadapi perlawanan pertama Isnin\u00a0ini (27 Sept) melawan PJ City FC di\u00a0Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.<\/p>\n<p>Sementara itu, Bung Moktar\u00a0berkata Sabah FC tidak mahu meletakkan\u00a0sebarang tekanan kepada Kim Swee dan pemain, sebaliknya ingin melihat mereka\u00a0memberikan komitmen tinggi dalam permainan serta berusaha mengukuhkan pasukan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita menaruh kepercayaan kepada beliau\u00a0(Kim Swee) dan pemain, jangan kita harap menang terus kerana\u00a0kita lihat\u00a0pemain\u00a0bertaraf dunia bernilai ratusan juta juga boleh gagal jaringkan gol.\u00a0Jangan kita tekan\u00a0untuk menang sebaliknya\u00a0bermain dengan komitmen tinggi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau juga\u00a0meminta maaf kepada peminat berikutan deretan kekalahan pasukan itu pada saingan Liga Super baru-baru ini dan menyeru semua supaya tidak\u00a0menoleh ke belakang sebaliknya\u00a0bersama sebagai satu pasukan memberi saingan\u00a0lebih mantap pada masa akan datang.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p class=\"text-secondary\">\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pengurusan Sabah FC tidak meletakkan sebarang sasaran piala atau kedudukan liga, sebaliknya mahu pasukan The Rhinos itu diperkukuhkan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4431,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-4429","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4429","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4429"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4429\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4430,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4429\/revisions\/4430"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4429"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4429"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4429"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}