{"id":4467,"date":"2021-09-27T09:35:07","date_gmt":"2021-09-27T09:35:07","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4467"},"modified":"2021-09-27T14:06:39","modified_gmt":"2021-09-27T14:06:39","slug":"program-my-stem-ambassador-ums-titip-kesedaran-pemuliharaan-alam-semula-jadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/program-my-stem-ambassador-ums-titip-kesedaran-pemuliharaan-alam-semula-jadi\/","title":{"rendered":"Program My STEM Ambassador UMS titip kesedaran pemuliharaan alam semula jadi"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Selari dengan peranan memasyarakatkan ilmu, Persatuan My STEM Ambassador Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan forum bertemakan alam semula jadi bersempena sambutan Bulan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Kebangsaan 2021.<\/p>\n<p>Forum bertajuk \u2018Ways to Preserve Nature (kaedah memulihara alam semula jadi)\u2019 dianjurkan dengan kerjasama U-Science, dan Institut Biologi dan Pemuliharaan (IBTP) UMS bertujuan memupuk pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan memelihara serta memulihara alam semula jadi.<\/p>\n<p>Program yang disiarkan secara langsung melalui Facebook dan YouTube My STEM Ambassaor UMS itu disampaikan oleh Kurator Kanan IBTP, Patherine Jimbau.<\/p>\n<p>Menurut Patherine, pelbagai kaedah pemuliharaan boleh dijalankan bermula di kawasan kediaman masing-masing sebagai langkah awal untuk memupuk kesedaran dalam kalangan golongan muda.<\/p>\n<p>\u201cPenjagaan ini boleh bermula dari rumah melalui aktiviti seperti kitar semula bahan-bahan buangan domestik, kaedah kompos bahan buangan organik, penggunaan semula bahan terbuang dan penggunaan air secara berhemah.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya adik-adik sudah mula menjaga alam sekitar dengan membuang sampah di tempat yang betul. Ini sangat mudah untuk dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cJika semua orang mampu membuang sampah di tempat yang betul, pasti generasi muda hari ini akan dapat manfaat yang lebih baik dan dapat mengurangkan jumlah sampah di sekeliling kita,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Tambah Patherine, aktiviti menanam pokok juga mampu memelihara alam semula jadi dan memberikan terapi kepada orang ramai yang mungkin mengalami tekanan pada musim pandemik ini.<\/p>\n<p>\u201cSelain membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan, aktiviti menanam pokok juga dapat mengelakkan daripada terjadinya hakisan tanah, mengimbangkan suhu alam dan sebagai penampan angin yang baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada perkongsian tersebut, Patherine turut menjemput orang awam untuk mengunjungi Galeri BORNEENSIS di IBTP UMS yang merupakan sebuah galeri pameran berkaitan keunikan spesis flora dan fauna di Sabah.<\/p>\n<p>\u201cMelalui Program Rakan Borneensis, peserta berpeluang untuk mendekati dan mencintai alam semula jadi melalui aktiviti seperti bird-watching, jungle trekking, pembuatan specimen serangga, pembuatan herbarium serta perkemahan selama dua hari di UMS,\u201d jelasnya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Selari dengan peranan memasyarakatkan ilmu, Persatuan My STEM Ambassador Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan forum bertemakan alam semula&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4468,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4467","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4467","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4467"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4467\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4473,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4467\/revisions\/4473"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4467"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4467"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4467"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}