{"id":4508,"date":"2021-09-29T05:50:48","date_gmt":"2021-09-29T05:50:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4508"},"modified":"2021-09-29T05:50:48","modified_gmt":"2021-09-29T05:50:48","slug":"isu-tanah-sekolah-daif-kpm-adakan-perbincangan-dengan-sabah-mohamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/isu-tanah-sekolah-daif-kpm-adakan-perbincangan-dengan-sabah-mohamad\/","title":{"rendered":"Isu tanah sekolah daif: KPM adakan perbincangan dengan Sabah &#8211; Mohamad"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dan akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan di peringkat kerajaan negeri bagi menangani isu projek naik taraf sekolah daif di Sabah yang belum dapat dimulakan akibat masalah tanah.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata hal ini memandangkan isu tanah adalah antara kekangan bagi memulakan pembinaan sesuatu projek naik taraf atau membina sekolah baharu disebabkan ketidakcukupan saiz tapak berdasarkan reka bentuk Jabatan Kerja Raya (JKR).<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh,\u00a0keperluan tapak tanah ditetapkan JKR bagi membina sesebuah sekolah rendah adalah seluas enam ekar manakala sekolah menengah sebanyak 10 ekar, namun disebabkan saiz tanah yang kecil menyebabkan projek naik taraf sekolah daif tidak dapat dimulakan.<\/p>\n<p>&#8220;Terdapat 31 daripada 270 sekolah yang telah diluluskan peruntukan untuk projek naik taraf sekolah daif bagi tempoh 2016 hingga 2020 masih belum dapat disiapkan atau dimulakan berikutan beberapa masalah berkaitan antaranya isu tanah,&#8221; katanya kepada Bernama di Bangunan Parlimen.<\/p>\n<p>Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis turut meminta JKR agar tidak terlalu tegar dalam aspek reka bentuk sekolah yang telah ditetapkan kerana dikhuatiri akan melambatkan lagi projek yang telah dirancang.<\/p>\n<p>\u201cKalau nak tunggu tanah enam ekar, tunggu tanah 10 ekar sampai bila nak dapat. Berbanding bina bangunan di atas tanah, kenapa tidak bina bangunan tinggi, mungkin dua tingkat setengah,\u201d katanya.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pemilihan projek sekolah daif dibuat berdasarkan keadaan fizikal bangunan sekolah, sama ada tidak sempurna, tidak berfungsi, atau tidak selamat digunakan, dengan KPM menggunakan tanda aras berdasarkan sistem skala iaitu skala satu hingga hingga tujuh.\u00a0Skala tujuh merujuk keadaan bangunan yang paling tidak selamat.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mengulas isu kekurangan guru di Sabah, Mohamad berkata buat masa ini terdapat beberapa perancangan KPM bagi mengatasinya, antaranya melalui keutamaan penempatan anak jati Sabah sebagai guru di negeri itu, selain pengambilan guru secara <em>one-off <\/em>dan kontrak untuk perkhidmatan.<\/p>\n<p>\u201cDaripada 18,000 guru<em> one-off <\/em>yang akan diambil seluruh negara, saya minta keutamaan juga diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kalau boleh 50 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamad berkata beliau juga akan memberi tumpuan terhadap isu kekurangan makmal sekolah di Sabah bagi meningkatkan tahap pendidikan dan membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan subjek tertentu di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cSaya difahamkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga telah memohon kepada KPM untuk memperlengkapkan sekolah-sekolah yang masih kekurangan makmal,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dan akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan di peringkat kerajaan negeri bagi menangani&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4509,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-4508","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4508","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4508"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4508\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4510,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4508\/revisions\/4510"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4509"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4508"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4508"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4508"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}