{"id":4533,"date":"2021-10-01T01:33:17","date_gmt":"2021-10-01T01:33:17","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4533"},"modified":"2021-10-01T01:33:17","modified_gmt":"2021-10-01T01:33:17","slug":"lebih-lima-dekad-sprm-terus-unggul-banteras-rasuah-azam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lebih-lima-dekad-sprm-terus-unggul-banteras-rasuah-azam\/","title":{"rendered":"Lebih lima dekad SPRM terus unggul banteras rasuah &#8211; Azam"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KUALA LUMPUR: Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri sekitar lima dekad\u00a0lepas,\u00a0Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi sebuah agensi penguatkuasaan yang digeruni selepas berjaya membongkar pelbagai kes rasuah berprofil tinggi.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">SPRM yang kini menjejak usia matang ke-54 tahun,\u00a0tidak lagi menoleh ke belakang malah lebih fokus untuk membanteras isu-isu rasuah dalam sektor\u00a0perolehan, penguatkuasaan dan grand corruption (rasuah berskala besar), seiring dengan\u00a0transformasi ekonomi dan perkembangan sosiobudaya masa kini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita\u00a0tidak boleh duduk di takuk lama, kita sudah melalui zaman pascakemerdekaan, zaman pembangunan modenisasi, perkembangan ekonomi, melalui zaman kesusahan kewangan ekonomi pada 1999 kemudian negara berkembang semula dan perubahan landskap politik,\u201d kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Perkongsian Azam mengenai perkembangan semasa suruhanjaya itu dibuat menerusi wawancara khas bersama media yang berlangsung secara maya sempena sambutan ulang tahun BPR\/SPRM Ke-54 hari ini yang bertemakan &#8216;Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi&#8217;.\u00a0<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurut Azam, selepas lebih separuh abad SPRM menjadi agensi ulung dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa mengikut undang-undang, pelbagai cabaran turut dihadapi.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata jenayah yang berbentuk grand corruption dan jenayah sindiket semakin meningkat dan pihaknya perlu melihat kaedah penyiasatan yang lebih kemas dan berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita perlu menggandakan usaha dalam kaedah perisikan dan penyiasatan menggunakan teknologi yang lebih maju dan saya akan memohon kepada kerajaan untuk membantu kita menambah kapasiti dalam peningkatan penggunaan teknologi dalam siasatan,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mengulas mengenai sambutan ulang tahun SPRM kali ini, Azam berkata\u00a0pelbagai program telah dirangka untuk mempromosikan semangat integriti dalam kalangan masyarakat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Integriti ini bermaksud amanah, tanggungjawab, disiplin dan perkara-perkara baik dalam diri manusia itu, jika perkara ini tiada, sudah tentu apa sahaja usaha kita untuk perangi rasuah tidak berkesan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Antara lain,\u00a0kita perlu mengadakan undang-undang dan peraturan yang sesuai\u00a0untuk menyemarakkan budaya integriti dalam kalangan masyarakat, pegawai kerajaan dan\u00a0pegawai SPRM. Selepas itu, barulah\u00a0\u00a0usaha untuk memerangi rasuah boleh dijalankan dengan berkesan,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8212; BERNAMA<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri sekitar lima dekad\u00a0lepas,\u00a0Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4534,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-4533","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4533","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4533"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4533\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4535,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4533\/revisions\/4535"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4534"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4533"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4533"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4533"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}