{"id":4541,"date":"2021-10-01T02:02:40","date_gmt":"2021-10-01T02:02:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4541"},"modified":"2021-10-01T02:02:40","modified_gmt":"2021-10-01T02:02:40","slug":"saya-tidak-urus-pengosongan-barangan-peribadi-pm-keenam-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/saya-tidak-urus-pengosongan-barangan-peribadi-pm-keenam-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Saya tidak urus pengosongan barangan peribadi PM keenam &#8211; Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, beliau tidak menguruskan soal pengosongan barangan peribadi milik Perdana Menteri keenam di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ini kerana, katanya, soal itu bukan tugas dan tanggungjawab Perdana Menteri berikutan ia diuruskan oleh penjaga kompleks kediaman terbabit.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya tidak menguruskan soal itu kerana di sana ada penjaga. Saya kurang pasti sama ada ia ada daftar inventori perabot kerana itu bukan bidang tugas atau tanggungjawab saya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya juga tidak masuk ke sana (Kompleks Seri Perdana) bagi membolehkan kerja pembaikan dan pengubahsuaian dilakukan,&#8221; katanya dalam sidang media laporan Berita Harian di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya hari ini yang mengatakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesyorkannya menyatakan perolehan perabot bagi kerja pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia memandangkan kebanyakan perabot milik peribadi bekas perdana menteri keenam dibawa keluar daripada kediaman rasmi itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, perolehan perabot itu bagi memastikan perabot mencukupi serta keperluan lain.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Jadi perkara berbangkit itu antaranya adalah perabot, termasuk lampu hiasan candelier, barangan yang ada dalam kediaman itu dikatakan milik Perdana Menteri keenam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mengatakan tidak kisah kalau itu hak beliau (seperti didakwa) dan terserah kepada JPM untuk memberikan kebenaran untuk beliau membawa keluar barangan itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Untuk tujuan kita boleh memulakan penambahbaikan dan sebagainya itu, maka itulah langkah yang diambil.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Jadi, ada perkara yang berbangkit adalah kerana iaitu perabot, termasuk candelier serta barangan lain dibawa keluar kerana ia milik peribadi,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata oleh yang demikian segala urusan membabitkan pemindahan itu bawah pengurusan JPM.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Media semalam melaporkan, kerajaan mengesahkan kerja-kerja baik pulih Kompleks Seri Perdana membabitkan kos RM38.5 juta.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilaporkan berkata, projek itu diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bagaimanapun, pembangkang mempersoalkan projek berkenaan yang didakwa dilakukan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Muhyiddin dilaporkan berkata, ketika mula menjawat jawatan itu pada Mac tahun lalu, beliau menerima laporan daripada JPM berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, kerosakan itu membabitkan kebocoran, sistem pencahayaan yang sudah lama dan keadaan fizikal lantai serta bumbung yang sudah rosak atau usang.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Jelas beliau lagi, kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem paip menyebabkan kerosakan perabot &#8216;built-in&#8217;, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, beliau juga dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti pendingin hawa perlu dibaik pulih kerana sudah terlalu usang dan menurut pakar, sistem pendawaian berusia lebih 20 tahun boleh menyebabkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, beliau tidak menguruskan soal pengosongan barangan peribadi milik Perdana Menteri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1291,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4541","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4541","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4541"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4541\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4542,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4541\/revisions\/4542"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1291"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4541"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4541"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4541"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}