{"id":4560,"date":"2021-10-03T05:32:30","date_gmt":"2021-10-03T05:32:30","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4560"},"modified":"2021-10-03T06:28:16","modified_gmt":"2021-10-03T06:28:16","slug":"15-adun-warisan-kekal-dan-berprinsip-bersama-kepimpinan-parti-azhar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/15-adun-warisan-kekal-dan-berprinsip-bersama-kepimpinan-parti-azhar\/","title":{"rendered":"15 Adun Warisan kekal dan berprinsip bersama kepimpinan parti &#8211; Azhar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Matussin menafikan laporan sebuah portal online kononnya 15 Adun keluar daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN), menjadi Adun bebas mesra kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sambil menyifatkan tindakan portal tersebut tidak berasas sekali gus hanya bersifat memburukkan Adun Warisan yang tetap kekal setia bersama-sama Warisan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201c15 Adun Warisan Sabah yang dilaporkan itu tetap dengan pendirian mereka membantu rakyat dengan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke -16 baru-baru ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSaya bersama-sama dengan rakan-rakan lain akan berpengang kepada prinsip yang dilafazkan untuk terus kekal sekali gus setia kepada kepimpinan Presiden Parti Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Afdal,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azhar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan Sabah berkata, setakat ini beliau yakin rakan-rakan Adun lain tetap fokus membantu rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-19 sekali gus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang diwakili.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita tetap fokus membantu rakyat yang sangat memerlukan perkhidmatan wakil rakyat di kawasan mereka. Kita tidak lari dengan pendirian asal selepas dilantik menjadi Adun untuk tetap dengan pendirian kekal bersama Warisan,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketika mengulas mengenai dakwaan Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan media keluar daripada Warisan menjadi Wakil Rakyat Bebas menyokong GRS, Azhar berkata, baru beberapa hari lalu beliau bersama beberapa rakan lain duduk serta berbincang dengan Dr Yusof berkaitan hala tuju Parti Warisan Sabah pada masa depan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cDalam pertemuan ini tidak timbul soal beliau (Dr Yusof) akan keluar meninggalkan parti seperti mana yang ditimbulkan oleh sebuah portal online (Sinar Harian) malam tadi,\u201d katanya. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Azhar yakin, Adun Sindumin merupakan seorang rakan Ahli Politik yang matang disamping turut memberi nasihat serta berkongsi berpengalamannya sepanjang kariernya.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Matussin menafikan laporan sebuah portal online kononnya 15 Adun keluar daripada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4561,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-4560","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4560","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4560"}],"version-history":[{"count":4,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4560\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4565,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4560\/revisions\/4565"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4561"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4560"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4560"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4560"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}