{"id":4681,"date":"2021-10-10T02:10:24","date_gmt":"2021-10-10T02:10:24","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4681"},"modified":"2021-10-10T02:10:24","modified_gmt":"2021-10-10T02:10:24","slug":"kerajaan-hantar-pasukan-tambahan-ke-daerah-mempunyai-peratusan-vaksinasi-rendah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-hantar-pasukan-tambahan-ke-daerah-mempunyai-peratusan-vaksinasi-rendah\/","title":{"rendered":"Kerajaan hantar pasukan tambahan ke daerah mempunyai peratusan vaksinasi rendah"},"content":{"rendered":"<p>PUTATAN: Kerjasama rapat orang ramai dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merupakan elemen penting bagi mencapai sasaran imuniti kelompok di negeri ini.<\/p>\n<p>Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, pihak Kerajaan dalam masa sama telah menghantar pasukan tambahan ke daerah dikenal pasti mempunyai rekod peratusan vaksinasi rendah.<\/p>\n<p>Katanya, ia adalah sebagai salah satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Sabah untuk mengoptimakan pemberian vaksin di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cTerdapat beberapa daerah yang masih mempunyai pencapaian pemberian vaksin agak rendah.<\/p>\n<p>\u201cPihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah pun menghantar tambahan kakitangan untuk membuat program di lapangan untuk mengoptimakan pemberian vaksin kepada golongan dewasa di daerah-daerah tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDalam kita mengadakan program di lapangan dan juga masih menyediakan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), yang paling penting sebenarnya adalah kerjasama dari rakyat kita sendiri,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pencapaian pemberian vaksin ini menjadi syarat peralihan fasa dari fasa pandemik ke fasa endemik.<\/p>\n<p>\u201cKerana pemberian vaksin ini bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri, tetapi juga melindungi keluarga dan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cIa juga dijadikan syarat untuk kita mendapat peralihan daripada fasa pandemik ke fasa endemik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menyeru orang ramai agar menyambut seruan untuk mendapatkan vaksin bagi lindung diri lindung semua.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk Sabah sama ada warga negara Malaysia ataupun bukan warga negara Malaysia yang belum menerima vaksin, kita mintalah tolong datang ke PPV berdekatan untuk menerima vaksin\u201d katanya.<\/p>\n<p>Shahelmey berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Kembara Prihatin bersama Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Sabah di Kg. Ketiau, Putatan pagi tadi.<\/p>\n<p>Terdahulu, semasa program tersebut, Shahelmey juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat agar mengemaskini data golongan sasar di kawasan masing-masing.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ini bagi mengelakkan kejadian nama penerima yang layak tercicir daripada menerima bantuan.<\/p>\n<p>\u201cDalam usaha kita untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan, saya juga ingin berpesan kepada pemimpin masyarakat seperti Pejabat Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di kawasan masing-masing untuk membantu mengemaskini data penerima-penerima bagi golongan sasaran.<\/p>\n<p>\u201cIni bertujuan untuk memastikan bahawa kejadian-kejadian penerima yang betul-betul layak menerima bantuan tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan oleh Kerajaan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTATAN: Kerjasama rapat orang ramai dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merupakan elemen penting bagi mencapai sasaran imuniti kelompok&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4682,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4681","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4681","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4681"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4681\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4683,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4681\/revisions\/4683"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4682"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4681"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4681"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4681"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}