{"id":4729,"date":"2021-10-12T06:16:43","date_gmt":"2021-10-12T06:16:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4729"},"modified":"2021-10-12T06:16:43","modified_gmt":"2021-10-12T06:16:43","slug":"kebolehpasaran-graduan-fki-ums-melonjak-kepada-94-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kebolehpasaran-graduan-fki-ums-melonjak-kepada-94-peratus\/","title":{"rendered":"Kebolehpasaran graduan FKI UMS melonjak kepada 94 peratus"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">LABUAN: Peningkatan statistik dan tren kebolehpasaran graduan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melonjak naik kepada 94 peratus pada tahun 2020.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dekan FKI, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi berkata, ini merupakan satu peningkatan ketara berbanding tiga tahun sebelumnya iaitu kebolehpasaran graduan hanya 65 peratus.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cMaklumat dibekalkan Kementerian Pengajian Tinggi melalui Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ini sekali gus membuktikan graduan FKI adalah relevan dalam pasaran kerja masa kini. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cFakta ini juga menunjukkan bahawa peluang pekerjaan bagi aliran Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah bertambah seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Minggu Suai Mesra (MSM) Pelajar Baharu Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS sesi 2021\/2022, di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Program diadakan secara dalam talian itu dihadiri 375 pelajar baharu FKI.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hanafi berkata, pensyarah FKI sentiasa beriltizam untuk meningkatkan kemahiran diri pelajar dalam pelbagai aspek.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cIni termasuklah penguasaan teknik komunikasi berkesan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan; moral dan etika profesional; dan keusahawanan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPelajar juga akan diberi pendedahan aspek kepimpinan dan budaya pembelajaran berterusan, dalam konteks persekitaran serta aspirasi pembangunan masyarakat dan negara,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Hanafi juga menyampaikan pesanan agar para pelajar kekal meningkatkan disiplin diri, sentiasa bersiap sedia, menepati masa dan menumpukan sepenuh perhatian sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemua pelajar perlu berpegang kepada adab ketika menimba ilmu terutamanya pada ketika negara sedang berdepan pandemik Covid-19, yang mana pembelajaran atas talian adalah kaedah utama yang digunakan. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita yang mencari ilmu, bukan ilmu yang mencari kita. Pelajar yang mencari guru, bukan guru yang mencari pelajar,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebagai rekod, kesemua pelajar baharu FKI terdiri daripada 88 pelajar program Kejuruteraan Perisian, 85 Kejuruteraan Rangkaian, 73 Teknologi Multimedia, 47 Komputeran Perniagaan dan 82 pelajar bagi program Sains Data. <\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LABUAN: Peningkatan statistik dan tren kebolehpasaran graduan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) melonjak naik kepada 94&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4730,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4731,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4729\/revisions\/4731"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4730"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}