{"id":4825,"date":"2021-10-18T04:03:36","date_gmt":"2021-10-18T04:03:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=4825"},"modified":"2021-10-18T04:49:40","modified_gmt":"2021-10-18T04:49:40","slug":"pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pkpp-perkenal-karnival-inovasi-pupuk-budaya-rekacipta-mahasiswa-ums\/","title":{"rendered":"PKPP perkenal Karnival Inovasi pupuk budaya rekacipta mahasiswa UMS"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester ini sebagai usaha memupuk budaya rekacipta dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n<p>Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo berkata, ia sebagai komponen baharu pengajaran dan pembelajaran (PdP) tambahan untuk kursus kokurikulum berkredit sejajar gaya hidup lestari yang menuntut masyarakat bertindak proaktif menghasilkan inovasi yang realistik pada masa kini.<\/p>\n<p>\u201cKarnival yang julung kalinya diadakan ini akan dilaksanakan secara dalam talian melibatkan ketiga-tiga kampus UMS, iaitu Kampus Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan.<\/p>\n<p>\u201cSebagai permulaan, ia akan diadakan pada minggu ketiga sesi pengkuliahan dengan menampilkan konsep \u2018satu kursus satu inovasi\u2019. Ia juga melibatkan mahasiswa Pusat Luar Kampus UMS (PLUMS),\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<figure id=\"attachment_4833\" aria-describedby=\"caption-attachment-4833\" style=\"width: 188px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-4833\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/B2FA4BCA-D109-445E-B22E-6A18B1D2AA1D.jpeg\" alt=\"\" width=\"188\" height=\"134\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-4833\" class=\"wp-caption-text\">Dr Colonius<\/figcaption><\/figure>\n<p>Dr Jurry berkata, inovasi yang dihasilkan mahasiswa adalah bertemakan inovasi mudah dan realistik.<\/p>\n<p>\u201cIa dalam bentuk produk untuk membantu menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup. Maksudnya, inovasi tersebut adalah sesuatu ciptaan ringkas yang boleh menyelesaikan masalah, mesra pengguna, wajar, logik dan boleh digunakan.<\/p>\n<p>\u201cHasil inovasi mahasiswa akan dinilai oleh panel penilai yang berpengalaman dan akan dianugerahkan Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa mengikut kriteria,\u201d katanya.<\/p>\n<figure id=\"attachment_4835\" aria-describedby=\"caption-attachment-4835\" style=\"width: 206px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-4835\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/5E20192B-2AA6-4725-9F0E-9A967912556E.jpeg\" alt=\"\" width=\"206\" height=\"141\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-4835\" class=\"wp-caption-text\">Dr Sharifah<\/figcaption><\/figure>\n<p>Jurry pensyarah dari Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Dr. Sharifah Rahama Amirul akan menjadi Ketua Penyelaras bagi karnival ini.<\/p>\n<p>\u201cBeliau yang juga Penyelaras Komponen Sukan, Kepimpinan dan Badan Beruniform PKPP mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemenang dan juri beberapa pertandingan inovasi.<\/p>\n<p>\u201cManakala, modul untuk karnival tersebut diselenggarakan bersama oleh dua Timbalan Pengarah PKPP, Dr. Colonius Atang dan Profesor Madya Dr. Pathmanathan K. Suppiah,\u201d kata Jurry.<\/p>\n<p>Sebagai tanda galakan pembudayaan inovasi, beliau selaku pengarah PKPP akan menaja RM500 sebagai hadiah utama iaitu Anugerah Inovasi Khas Pengarah PKPP, dan RM100 untuk jurulatih yang membimbing mahasiswa memenangi hadiah utama.<\/p>\n<p>\u201cWalau bagaimanapun PKPP amat berbesar hati sekiranya ada daripada kalangan organisasi atau orang perseorangan yang turut ingin memberikan tajaan sebagai tanda sokongan kepada mahasiswa dan pembudayaan inovasi.<\/p>\n<p>\u201cHasil ciptaan yang berkualiti akan dipertimbangkan untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cPKPP yakin, pembaharuan dalam PdP ini adalah bersesuaian dengan generasi muda kini iaitu golongan yang telah dilatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).<\/p>\n<p>\u201cDaripada maklum balas yang kita terima melalui jurulatih kursus kokurikulum berkredit semester ini, mahasiswa menunjukkan minat yang tinggi dan sudah tidak sabar menghasilkan idea masing-masing,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan Karnival Inovasi bermula semester ini sebagai usaha&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4831,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-4825","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4825","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4825"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4825\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4836,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4825\/revisions\/4836"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4831"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}