{"id":497,"date":"2021-02-21T05:46:51","date_gmt":"2021-02-21T05:46:51","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=497"},"modified":"2021-02-21T05:46:51","modified_gmt":"2021-02-21T05:46:51","slug":"umno-sabah-sokong-ahmad-zahid-terus-terajui-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/umno-sabah-sokong-ahmad-zahid-terus-terajui-parti\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah sokong Ahmad Zahid terus terajui parti"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_498\" aria-describedby=\"caption-attachment-498\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-300x200.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" class=\"size-medium wp-image-498\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-300x200.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-768x512.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-696x464.jpeg 696w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862-1068x712.jpeg 1068w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/3204B4E1-345D-444E-A6B1-B3BFF9164862.jpeg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-498\" class=\"wp-caption-text\">Bung sampaikan cenderahati kepada Hajiji. Gambar oleh Jaffar Wahid<\/figcaption><\/figure>\n<p>KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus mengetuai parti itu.<\/p>\n<p>Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata sokongan itu sejajar dengan pendirian UMNO Sabah untuk menyokong pemimpin yang ada pada hari ini tanpa mengira siapa.<\/p>\n<p>&#8220;Kita di Sabah sentiasa akur dengan keputusan pemimpin. Kita tetap menyokong pimpinan yang ada pada hari ini dan siapapun pemimpin UMNO kita akan sokong.<\/p>\n<p>&#8220;Selaku pemimpin di peringkat negeri, kita harus melihat bahawa politik ini bersistem. Kalau di bawah tidak hormat pemimpin, maka orang lain tidak akan hormat pemimpin kita,&#8221; katanya pada sidang media selepas sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah Ke-30, di sini, malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kehadiran Ahmad Zahid secara persidangan video pada majlis itu menggambarkan sokongan UMNO Sabah terhadap Ahli Parlimen<\/p>\n<p>Bagan Datuk itu menjelang pemilihan parti akan datang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Bung Moktar menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai hasrat UMNO Sabah bertanding sehingga 14 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah berdasarkan permintaan akar umbi parti itu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya keputusan akhir mengenai jumlah kerusi yang ditandingi parti itu tertakluk kepada hasil rundingan dengan parti lain dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>&#8220;Ya semua kena bincang dulu cuma itu adalah cadangan akar umbi tetapi akhirnya nanti kita akan putuskan melalui perbincangan dalam GRS,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mengenai masa depan UMNO Sabah, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata parti itu akan terus bergerak ke hadapan sejajar perjuangan membela nasib rakyat dan membangunkan negeri.<\/p>\n<p>Katanya, usaha itu akan dilaksanakan bersama parti lain dalam GRS yang bekerjasama membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;GRS ada empat tahun lagi untuk memenuhi tuntutan rakyat dan kita yakin boleh melaksanakannya kerana GRS ada komitmen yang tinggi untuk memacu ekonomi Sabah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bung Moktar juga menjelaskan bahawa UMNO Sabah tidak menghadapi masalah untuk meneruskan perjuangannya walaupun tidak lagi menjadi tunjang kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Apa yang penting katanya, parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan dan dapat sama-sama membantu rakyat serta membangunkan negeri.<\/p>\n<p>SabahNewsToday<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus mengetuai parti itu. Ketua&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-497","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/497","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=497"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/497\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":499,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/497\/revisions\/499"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=497"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=497"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=497"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}