{"id":5046,"date":"2021-10-30T12:53:06","date_gmt":"2021-10-30T12:53:06","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5046"},"modified":"2021-10-30T12:53:06","modified_gmt":"2021-10-30T12:53:06","slug":"rmk12-beri-penekanan-usaha-basmi-kemiskinan-di-sabah-mustapa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rmk12-beri-penekanan-usaha-basmi-kemiskinan-di-sabah-mustapa\/","title":{"rendered":"RMK12 beri penekanan usaha basmi kemiskinan di Sabah &#8211; Mustapa"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan memberi penekanan tentang usaha membasmi\u00a0kemiskinan di Sabah menjelang 2025,\u00a0kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)\u00a0Datuk Seri Mustapa Mohamed.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata terdapat kaedah baharu yang bakal dilaksanakan melibatkan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan pusat, negeri dan swasta bagi melonjakkan ekonomi\u00a0khususnya di kawasan luar bandar bagi melaksanakan usaha membasmi kemiskinan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cOleh kerana Sabah adalah negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia maka antara yang\u00a0kita perlu beri perhatian dalam RMK-12 adalah kaedah baharu bagaimana menangani isu kemiskinan menjelang 2025\u2026miskin tegar akan dihapuskan dan kadar kemiskinan dikurangkan di Sabah.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cPermulaan kita mohon kerjasama kerajaan negeri mengenal pasti dua lokasi di luar bandar, kami\u00a0bangunkan kawasan berkenaan dan tumpuan kami melaksanakan projek\u00a0yang mampu meningkatkan pendapatan petani atau orang kampung seperti dalam bidang pertanian atau apa sahaja bidang yang boleh dimajukan,\u201d katanya di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Roadshow Pasca RMK12 bersama Kerajaan negeri Sabah\u00a0yang turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor\u00a0dan\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)\u00a0Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.<\/p>\n<p>Mustapa berkata pendekatan lain yang akan diambil untuk membasmi kemiskinan di Sabah adalah memastikan lonjakan ekonomi di Sabah dapat dilipatgandakan\u00a0dan sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerjasama kerajaan negeri dan pusat akan ditubuhkan bagi melaksanakan pendekatan tersebut.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata melalui jawatankuasa ini kerajaan negeri dapat berkongsi apa yang dirancangkan dalam Sabah Maju Jaya (SMJ) supaya hasrat untuk melonjakkan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah dapat dijayakan.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini penting untuk memastikan jurang pembangunan negeri-negeri di Malaysia dapat dirapatkan&#8230;oleh\u00a0itu perhubungan itu penting dan kami\u00a0pastikan pembangunan di Sabah dapat terus dipertingkatkan khususnya kemudahan infrastruktur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Hajiji berkata sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia sebelum ini, Sabah menghadapi pelbagai isu dan cabaran\u00a0antaranya kekurangan prasarana dan infrastruktur asas, pembangunan tidak seimbang, serta kolaborasi dan penyampaian perkhidmatan awam yang kurang cekap dan berkesan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cDengan mengambil kira isu dan cabaran tersebut, kerajaan negeri menyokong penuh langkah kerajaan Persekutuan memacu pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0selain itu kerajaan negeri dan rakyat Sabah berharap agar kerajaan Persekutuan akan terus menyokong dan memberi perhatian kepada kemajuan negeri ini secara inklusif.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuklah pemberian peruntukan yang lebih besar pada pada masa hadapan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan memberi penekanan tentang usaha membasmi\u00a0kemiskinan di Sabah menjelang 2025,\u00a0kata Menteri di Jabatan Perdana&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5047,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-5046","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5048,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5046\/revisions\/5048"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5047"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}