{"id":5104,"date":"2021-11-03T03:39:00","date_gmt":"2021-11-03T03:39:00","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5104"},"modified":"2021-11-03T03:39:00","modified_gmt":"2021-11-03T03:39:00","slug":"matta-fair-diadakan-semula-selepas-dua-tahun-tidak-dianjurkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/matta-fair-diadakan-semula-selepas-dua-tahun-tidak-dianjurkan\/","title":{"rendered":"MATTA Fair diadakan semula selepas dua tahun tidak dianjurkan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pameran\u00a0Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia\u00a0(MATTA Fair), yang merupakan pameran pelancongan terbesar di Malaysia,\u00a0kembali menemui orang ramai pada\u00a020 dan 21 Nov ini selepas dua tahun tidak dianjurkan berikutan\u00a0pandemik COVID-19.<\/p>\n<p>Edisi terakhir MATTA Fair diadakan pada September 2019.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Kehormat MATTA Nigel Wong berkata pihaknya teruja dengan pembukaan\u00a0sektor\u00a0pelancongan domestik bagi membantu melonjakkan ekonomi dan\u00a0pameran itu\u00a0antara\u00a0usaha\u00a0membantu merancakkan\u00a0semula\u00a0industri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cPameran yang akan diadakan\u00a0di Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur itu, akan disertai oleh pelbagai\u00a0organisasi pelancongan antarabangsa antaranya dari Korea, Taiwan, Filipina, Jepun, Turki dan Uganda bagi mempromosikan pasaran mereka kepada pelancongan antarabangsa,\u201d katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian, hari ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA Phua Tai Neng dalam satu kenyataan\u00a0berkata\u00a0MATTA Fair edisi ke- 49 akan diadakan pada\u00a0skala lebih kecil di Dewan 3\u00a0dan 4 PWTC.<\/p>\n<p>Dewan 4\u00a0dikenali sebagai Dewan Malaysia, yang menempatkan hampir semua organisasi pelancongan negeri serta produk pengembaraan dan pelancongan domestik manakala\u00a0kebanyakan pemain pelancongan antarabangsa di Dewan 3,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Phua berkata pameran tersebut mendapat sokongan padu daripada organisasi pelancongan negeri seperti \u00a0Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang,\u00a0Selangor, Johor, Kedah, Perak dan\u00a0Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurutnya selepas 21 bulan sekatan pergerakan dan tiada aktiviti perniagaan dalam industri pengembaraan dan pelancongan, MATTA Fair menjadi penunjuk penting kepada orang awam bahawa industri pelancongan sudah kembali dan secara perlahan-lahan akan dirancakkan dengan aktiviti pelancong\u00a0domestik, selain antarabangsa tidak lama lagi susulan pembukaan semula sempadan, dengan protokol perjalanan yang selamat.<\/p>\n<p>Katanya\u00a0bagi pameran kali ini, MATTA telah bekerjasama dengan Legoland sebagai Rakan Taman Tema\u00a0dan syarikat aplikasi pengangkutan\u00a0e-hailing,\u00a0GOJO.<\/p>\n<p>Beliau menggeja pengunjung agar tidak membawa kanak-kanak sepertimana yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).<\/p>\n<p>\u201cPameran selama dua hari itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pasaran Legoland\u00a0Malaysia Resort, Thila Munusamy berkata Legoland\u00a0akan menawarkan pengunjung MATTA Fair diskaun eksklusif dan beberapa pakej percutian mesra keluarga terbaik.<\/p>\n<p>\u201cTahun ini, pengunjung yang membeli lebih daripada tiga Pas\u00a0Triple Park di pameran tersebut layak\u00a0menerima Set Kereta Api Legoland eksklusif secara percuma, manakala pelanggan yang membeli lebih daripada lima Pas Triple Park akan menerima tambahan Set Istana Legoland eksklusif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Pameran\u00a0Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia\u00a0(MATTA Fair), yang merupakan pameran pelancongan terbesar di Malaysia,\u00a0kembali menemui orang ramai pada\u00a020&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5105,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-5104","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5104","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5104"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5104\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5106,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5104\/revisions\/5106"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5105"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5104"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5104"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5104"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}