{"id":5144,"date":"2021-11-05T07:22:42","date_gmt":"2021-11-05T07:22:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5144"},"modified":"2021-11-05T07:22:42","modified_gmt":"2021-11-05T07:22:42","slug":"projek-tebatan-banjir-penampang-berjalan-mengikut-jadual-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/projek-tebatan-banjir-penampang-berjalan-mengikut-jadual-hajiji\/","title":{"rendered":"Projek Tebatan Banjir Penampang berjalan mengikut jadual &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">PENAMPANG: Kerajaan negeri akan memastikan program tebatan banjir dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini program tebatan banjir bagi daerah ini sedang berjalan lancar.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan akan memastikan projek ini disiapkan sekali gus dapat mengatasi masalah banjir di daerah ini,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir September di Pusat Kebudayaan Sabah di sini hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Semasa menziarahi mangsa banjir di Kampung Sugud sejurus selepas banjir pada September, Hajiji berkata, dua daripada tiga pakej tebatan banjir telah pun siap sepenuhnya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Dalam perkembangan sama, Hajiji menggesa agar kesiapsiagaan menghadapi bencana di seluruh negeri berikutan musim tengkujuh Timur Laut bulan ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana daerah di negeri ini supaya sentiasa bersiap siaga dan meletakkan persiapan logistik termasuk pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bekerjasama rapat dengan agensi Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), khususnya dalam menyalurkan bantuan dan peruntukan kewangan sekiranya berlaku bencana pada musim tengkujuh.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKerajaan akan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, selaras dengan semangat \u201cKeluarga Malaysia\u201d yang menggariskan tiga teras utama iaitu keterangkuman, titik persamaan dan kepuasan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cSemoga bantuan kewangan daripada Kerajaan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) daripada 937 KIR menerima bantuan tunai RM1,000 hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selebihnya isi rumah yang terjejas banjir di daerah ini pada September lalu yang akan menerima bantuan itu dalam tempoh dua minggu.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENAMPANG: Kerajaan negeri akan memastikan program tebatan banjir dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5145,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-5144","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5144","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5144"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5144\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5146,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5144\/revisions\/5146"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5145"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5144"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5144"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5144"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}