{"id":5263,"date":"2021-11-12T09:27:45","date_gmt":"2021-11-12T09:27:45","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5263"},"modified":"2021-11-12T09:27:45","modified_gmt":"2021-11-12T09:27:45","slug":"sentimen-sabah-keluar-dari-malaysia-gugat-keharmonian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sentimen-sabah-keluar-dari-malaysia-gugat-keharmonian\/","title":{"rendered":"Sentimen Sabah keluar dari Malaysia gugat keharmonian"},"content":{"rendered":"<p>PAPAR: Sentimen Sabah keluar dari Malaysia tidak seharusnya timbul kerana sentimen sebegitu akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.<\/p>\n<p>Ketika ini, usaha sepatutnya diambil bagi memastikan negara ini terus wujud dan kekal selama-lamanya untuk kebaikan rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.<\/p>\n<p>Laporan Utusan Malaysia menyatakan, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini bukan sentimen kerajaan maka beliau meminta semua pihak untuk sama-sama memainkan peranan bagi mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.<\/p>\n<p>\u201cKita dalam sebuah negara Malaysia yang dibentuk bersama-sama Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung. Apabila negara sudah dibentuk maka kita harus memastikan masa depan negara ini terjamin untuk masa depan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama.<\/p>\n<p>\u201cSoal lain tidak timbul kerana kita perlu memastikan negara ini terus kekal selama-lamanya,\u201d katanya selepas majlis penyerahan wang ehsan kepada mangsa banjir Mukim Labak, di Dewan Gereja ST Augustine, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian bagi megulas kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman semasa perbahasan Bajet 2022 bahawa wujud gerakan menuntut kemerdekaan Sabah yang dilihat semakin lantang bersuara.<\/p>\n<p>Gerakan itu wujud susulan tindakan Kerajaan Persekutuan yang dilihat menganaktirikan Sabah dalam tuntutan hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Mohd. Azis berkata, suara-suara mendesak Sabah dan Sarawak keluar Malaysia semakin lantang bersuara dan kerajaan tidak harus pandang mudah perkara itu.<\/p>\n<p>\u201cJika layanan buruk Putrajaya terhadap pelaksanaan MA63 berterusan, jangan salahkan kami sekiranya gerakan memerdekakan Sabah daripada penjajahan Putrajaya semakin lantang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan bantuan wang berjumlah RM1,000 kepada 100 orang ketua isi rumah yang terjejas banjir di Mukim Labak.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan 446 orang ketua isi rumah akan menerima bantuan berkenaan.<\/p>\n<p>Bantuan itu diberikan sebagai keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan bebanan rakyat yang terjejas akibat banjir yang berlaku pada September lalu.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut katanya, masalah jambatan dan jalan rosak akibat banjir juga akan dibaik pulih dan dibina semula bagi memudahkan laluan perhubungan rakyat di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Hajiji turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi menaik taraf jalan masuk menuju ke gereja serta Dewan St Augustine, Kinarut.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAPAR: Sentimen Sabah keluar dari Malaysia tidak seharusnya timbul kerana sentimen sebegitu akan menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4475,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-5263","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5263","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5263"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5263\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5264,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5263\/revisions\/5264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4475"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5263"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5263"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5263"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}