{"id":5385,"date":"2021-11-19T02:08:19","date_gmt":"2021-11-19T02:08:19","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5385"},"modified":"2021-11-19T02:08:19","modified_gmt":"2021-11-19T02:08:19","slug":"sudah-tiba-masanya-air-sabah-diurus-pihak-ketiga-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sudah-tiba-masanya-air-sabah-diurus-pihak-ketiga-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Sudah tiba masanya air Sabah diurus pihak ketiga &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Mungkin sudah tiba masanya pengurusan bekalan air di Sabah dipertanggungjawabkan kepada pihak ketiga setelah masalah bekalan itu berlaku saban tahun, malah amat serius ketika ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata pihaknya kini sedang melakukan tindakan jangka pendek dengan memberikan bekalan air di kawasan terjejas antaranya di University Utama Condominium (UUC) dan\u00a0 University Condo Apartment 2 (UCA 2) di sini.<\/p>\n<p>Beliau berkata tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah bekalan air akan dibuat selepas ini berdasarkan kajian dan bengkel dianjurkan.<\/p>\n<p>Saya akan bentangkan kertas cadangan kepada Kabinet Negeri Sabah untuk\u00a0mengatasi masalah air di Sabah. Perkara ini bukan mudah kerana melibatkan berbilion\u00a0ringgit perlu dibelanjakan (bagi mengatasi masalah ini).<\/p>\n<p>&#8220;Rakyat Sabah berhak menikmati bekalan air bersih seperti di negeri lain.\u00a0Saya memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan gangguan yang berlaku amat dikesali,&#8221; katanya menerusi kenyataan di sini semalam.<\/p>\n<p>Baru-baru ini timbul rungutan beberapa penduduk terutama di UUC dan UCA 2 dengan mendakwa terputus bekalan air bersih sejak kira-kira seminggu lepas dan memohon pihak bertanggungjawab segera mengatasi masalah itu.<\/p>\n<p>Sementara itu, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)\u00a0Datuk Yong Teck Lee dalam kenyataan berasingan berkata masalah bekalan air berterusan menjadi isu utama yang wajar diberi perhatian dan tindakan segera oleh pemimpin tertinggi kerajaan Sabah.<\/p>\n<p>Beliau kesal dengan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang gagal menyelenggara\u00a0pam air dengan baik di Loji Rawatan Air Telibong menyebabkan bekalan air terputus dan gagal merancang untuk memberikan bekalan air berterusan kepada penduduk.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah bekalan air antaranya dengan meletak hanya pegawai dan jurutera terbaik serta berkelayakan di JANS.<\/p>\n<p>Selain itu, katanya\u00a0lebih banyak dana perlu disalurkan bagi mengatasi masalah itu dan berusaha meminimumkan jumlah\u00a0Air Tanpa Hasil (NRW) disebabkan kerosakan saluran paip serta\u00a0faktor lain.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Mungkin sudah tiba masanya pengurusan bekalan air di Sabah dipertanggungjawabkan kepada pihak ketiga setelah masalah bekalan itu berlaku&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":1482,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-5385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5386,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5385\/revisions\/5386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1482"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}