{"id":5421,"date":"2021-11-20T23:29:53","date_gmt":"2021-11-20T23:29:53","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5421"},"modified":"2021-11-20T23:29:53","modified_gmt":"2021-11-20T23:29:53","slug":"sabah-terima-pelancong-lengkap-divaksinasi-tanpa-saringan-mulai-1-dis-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sabah-terima-pelancong-lengkap-divaksinasi-tanpa-saringan-mulai-1-dis-hajiji\/","title":{"rendered":"Sabah terima pelancong lengkap divaksinasi tanpa saringan mulai 1 Dis &#8211; Hajiji"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelancong yang sudah lengkap divaksinasi memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19,\u00a0 mulai 1 Dis ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.<\/p>\n<p>Beliau berkata memandangkan negeri berkenaan telah memasuki Fasa Empat, kerajaan Sabah bersetuju membenarkan pelancong dari luar masuk ke negeri tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPelancong dari Semenanjung atau dari mana-mana yang datang ke Sabah bermula 1 Dis tidak perlu <em>swab test<\/em> lagi, tapi perlu vaksinasi lengkap,\u201d katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Pameran MATTA\u00a0Fair kali ke-49 di sini hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurut Hajiji, pihaknya sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dengan menawarkan lokasi-lokasi pelancongan istimewa dan yakin sektor pelancongan akan kembali pulih dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.<\/p>\n<p>Sementara itu, Hajiji berkata Sabah bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima ketibaan pelancong luar negara sebaik sahaja Malaysia membuka sempadan negara tahun depan.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sejak Nov 2021, terdapat 266 penerbangan terus mingguan ke Sabah dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Bharu, Labuan dan Sarawak dengan jumlah kapasiti 43,000 tempat duduk.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cDalam Sabah sahaja, 123 penerbangan mingguan dengan jumlah kapasiti 16,720 tempat duduk menghubungkan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau,\u201d katanya dalam ucapan.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin, Menteri Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Presiden MATTA Datuk Tan Kok Leong.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan negeri Sabah telah melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancongan Sabah bagi\u00a0segmen tempatan dan antarabangsa untuk\u00a0meningkatkan promosi pelancongan termasuk perubahan keadaan pasaran ketika pandemik.<\/p>\n<p>Lembaga Pelancongan Sabah (STB) juga berkolaborasi dengan pengusaha industri pelancongan untuk mengadakan pendekatan, ekspo pelancongan, promosi dan latihan mengenai kemas kini destinasi secara maya.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuk mewujudkan semula perdagangan dan keyakinan pelancong\u00a0 melalui perniagaan-kepada-perniagaan (B2B)\u00a0dan kerajaan-kepada-kerajaan (G2G)\u00a0dengan negara termasuk China, Korea Selatan, Norway, Indonesia, Brunei, Dubai, Itali, Kazakhstan dan Turki.<\/p>\n<p>\u201cSTB juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan membantu mereka dalam mewujudkan semula penerbangan terus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hajiji berkata MATTA Fair yang kembali dianjurkan adalah penting kerana ia menandakan permulaan fasa pemulihan bagi industri pelancongan selepas hampir dua tahun negara\u00a0dilanda COVID-19.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Sabah akan membenarkan pelancong yang sudah lengkap divaksinasi memasuki negeri ini tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19,\u00a0 mulai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5422,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-5421","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5421","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5421"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5421\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5423,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5421\/revisions\/5423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5422"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5421"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5421"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5421"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}