{"id":5675,"date":"2021-12-03T07:54:32","date_gmt":"2021-12-03T07:54:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5675"},"modified":"2021-12-03T07:55:23","modified_gmt":"2021-12-03T07:55:23","slug":"ums-raikan-lebih-4000-graduan-pada-konvokesyen-kali-ke-23","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ums-raikan-lebih-4000-graduan-pada-konvokesyen-kali-ke-23\/","title":{"rendered":"UMS raikan lebih 4000 graduan pada Konvokesyen Kali Ke-23"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan melahirkan seramai 4,405 graduan dalam pelbagai bidang kepakaran bagi tahun 2021.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail berkata, daripada keseluruhan jumlah tersebut, 521 pelajar terdiri daripada graduan Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).<\/p>\n<p>\u201cBagi pelajar di peringkat prasiswazah, dijangka 3,663 graduan akan menerima skrol ijazah sarjana muda, di samping 134 graduan di peringkat diploma, dan 87 graduan peringkat Diploma Pascasiswazah.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan usaha berterusan universiti bagi memenuhi keperluan negara dan tuntutan masyarakat bagi menghasilkan graduan yang berkepakaran dalam pelbagai bidang dan disiplin ilmu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian satu kenyataan di sini hari ini.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, Rasid memaklumkan, senarai muktamad graduan itu akan diisytiharkan Yang DiPertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS, Tun (Dr.) Hj. Juhar Datuk Hj. Mahiruddin sebelum penghujung tahun 2021.<\/p>\n<p>\u201cUntuk makluman, istiadat konvokesyen yang biasanya diadakan pada bulan November setiap tahun ditangguhkan berikutan ancaman dan isu keselamatan ekoran penularan pandemik Covid-19.<\/p>\n<p>\u201cDengan mengambil kira beberapa faktor seperti kelancaran dan hal-hal keselamatan yang saya nyatakan tadi, maka majlis istiadat konvokesyen bagi graduan UMS 2021 dirancang untuk dilaksanakan pada Jun 2022,\u201d jelas Rasid.<\/p>\n<p>Sementara itu, hampir kesemua 4,639 graduan prasiswazah dan pascasiswazah UMS yang diisytiharkan Canselor UMS pada 30 Disember 2020 telah pun menerima skrol dan transkrip keputusan masing-masing.<\/p>\n<p>Menurut Rasid, skrol tersebut dihantar melalui pos, dan terdapat juga yang hadir mengambil sendiri di UMS.<\/p>\n<p>\u201cSatu berita gembira untuk graduan yang tamat pengajian pada tahun berkenaan, UMS merancang untuk mengadakan majlis istiadat konvokesyen bagi kesemua anda pada bulan Mac 2022.<\/p>\n<p>\u201cPenangguhan majlis ini, yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan November 2020 adalah disebabkan halangan dan isu keselamatan kesihatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.<\/p>\n<p>\u201cJika keadaan mengizinkan, majlis istiadat konvokesyen bagi graduan tahun 2022 pula akan dilaksanakan pada bulan November, sekali gus menjadikan tiga majlis konvokesyen diadakan UMS pada tahun hadapan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Rasid turut memaklumkan bahawa komposisi graduan UMS adalah terdiri daripada 40-45 peratus berasal dari luar Sabah, termasuk pelajar antarabangsa.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, keadaan ini memerlukan perancangan yang lebih rapi, berbanding rakan Istitusi Pengajian Tinggi yang lain terutama keperluan perjalanan dan pergerakan rentas negeri dalam kalangan graduan dan keluarga mereka.<\/p>\n<p>\u201cPada masa ini, semua proses persiapan sedang giat dijalankan, dan harapan kita semoga ketiga-tiga istiadat majlis konvokesyen UMS ini dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan yang dibuat,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka akan melahirkan seramai 4,405 graduan dalam pelbagai bidang kepakaran bagi tahun 2021. Timbalan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5676,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-5675","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5675","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5675"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5678,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5675\/revisions\/5678"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5676"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}