{"id":5843,"date":"2021-12-13T14:48:50","date_gmt":"2021-12-13T14:48:50","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5843"},"modified":"2021-12-13T14:48:50","modified_gmt":"2021-12-13T14:48:50","slug":"kumpulan-sawit-kinabalu-catat-keuntungan-sebelum-cukai-tertinggi-lebih-rm320-juta-tahun-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kumpulan-sawit-kinabalu-catat-keuntungan-sebelum-cukai-tertinggi-lebih-rm320-juta-tahun-ini\/","title":{"rendered":"Kumpulan Sawit Kinabalu catat keuntungan sebelum cukai tertinggi lebih RM320 juta tahun ini"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memuji prestasi cemerlang Kumpulan Sawit Kinabalu apabila berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah iaitu lebih RM320 juta pada tahun ini\u00a0berbanding unjuran sebanyak RM131 juta.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata pencapaian cemerlang Kumpulan Sawit Kinabalu itu amat membanggakan terutamanya ketika penularan pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan banyak sektor ekonomi di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri berbangga dengan pencapaian cemerlang Kumpulan Sawit Kinabalu yang kini berusia 25 tahun dan sentiasa menunjukkan prestasi terbaik. Syarikat ini bukan sahaja telah menunjukkan prestasi baik dalam sektor perniagaan malah\u00a0dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSyarikat ini telah menyantuni segenap lapisan masyarakat hampir seluruh Sabah melalui pelbagai saluran bantuan terutamanya dari segi bantuan kewangan. Saya berharap ia\u00a0akan terus mencapai prestasi cemerlang dalam perniagaan dan meneruskan aktiviti CSR mereka terutamanya ketika pandemik COVID-19,\u201d katanya semasa melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Kumpulan Sawit Kinabalu di sini\u00a0hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata usaha Kumpulan Sawit Kinabalu yang telah mula melebarkan sayapnya dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan seperti pembangunan hartanah, penternakan lembu, pedaging dan burung walit adalah satu inisiatif amat baik.<\/p>\n<p>Hajiji berkata tindakan itu juga bagi memastikan Kumpulan Sawit Kinabalu terus relevan sebagai sebuah jentera pelaburan kerajaan negeri, malah sejajar dengan agenda pembangunan hala tuju kerajaan negeri.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSaya dimaklumkan, walaupun berdepan cabaran pandemik, tetapi ini telah membuka peluang ekonomi amat cerah dengan harga pasaran minyak sawit mentah (MSM) mencecah paras harga tertinggi iaitu lebih RM5,000 satu tan pada tahun ini sekali gus satu sejarah dalam buku industri sawit,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hajiji berkata\u00a0komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu dalam memperluas aktiviti perniagaan turut menyaksikan syarikat itu akan menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dengan tiga organisasi berlatarbelakangkan pendidikan dan pengeluaran gula daripada tandan kosong buah sawit.<\/p>\n<p>Katanya kerajaan Sabah amat mengalu-alukan semua pemain\u00a0industri tidak kira syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau sektor swasta supaya terus berani dan berusaha sehabis baik untuk mengambil peluang mengembangkan perniagaan masing-masing terutamanya\u00a0dengan sumber sedia ada di negeri itu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu bersama ahli Lembaga Pengarah bersetuju secara prinsipnya untuk kali pertama membuat pembayaran awal bonus kepada semua warga syarikat pada bulan ini sebagai hadiah kepada prestasi cemerlang dan pembakar semangat untuk meneruskan kecemerlangan.<\/p>\n<p>Pada majlis itu, Hajiji turut menerima Anugerah Felo Kehormat International Institute of Plantation Management (IIPM) atas sumbangan besarnya selaku pengerusi kumpulan syarikat dalam memastikan pembangunan industri perladangan khususnya kelapa sawit secara mapan di Sabah.<\/p>\n<p>Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IIPM\u00a0Datuk Daud Amatzin.<\/p>\n<p>Terdahulu, Hajiji menyaksikan tiga majlis menandatangani MoU antara Sawit Kinabalu Encotech (Subsidiary Company) dan All Cosmos Industries Sdn Bhd,\u00a0Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan IIPM Sabah Regional Chapter.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memuji prestasi cemerlang Kumpulan Sawit Kinabalu apabila berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5844,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-5843","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5843","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5843"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5843\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5845,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5843\/revisions\/5845"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5844"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5843"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5843"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5843"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}