{"id":5993,"date":"2021-12-19T13:56:31","date_gmt":"2021-12-19T13:56:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=5993"},"modified":"2021-12-19T13:57:30","modified_gmt":"2021-12-19T13:57:30","slug":"dap-sabah-tarik-diri-mou-dengan-kerajaan-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/dap-sabah-tarik-diri-mou-dengan-kerajaan-negeri\/","title":{"rendered":"DAP Sabah tarik diri MoU dengan kerajaan negeri"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: DAP negeri menarik diri daripada Agenda Reformasi Sabah (SRA), yang berperanan sebagai memorandum persefahaman (MoU), yang dicadangkan sebelum ini oleh Pakatan Harapan (PH) Sabah dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat majlis DAP negeri, dua minggu lalu.<\/p>\n<p>\u201cKami membuat keputusan sebulat suara di mana kami tidak akan menyertai sebarang bentuk kerjasama, agenda reformasi atau MoU dengan kerajaan negeri ketika ini,\u201d katanya dalam laporan FMT hari ini.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya sama ada DAP Sabah patut menyertai PH Sabah dalam perbincangan MoU berkenaan. Mesyuarat tidak membincangkan berhubung menandatangani MoU terbabit.\u201d<\/p>\n<div class=\"code-block code-block-6\"><\/div>\n<div class=\"code-block code-block-4 ai-viewport-3\"><\/div>\n<div class=\"code-block code-block-2\"><\/div>\n<p>Phoong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang berkata, DAP Sabah berpandangan tiada keperluan untuk memeterai persetujuan dengan kerajaan GRS susulan pakatan itu mempunyai cukup majoriti dalam DUN Sabah.<\/p>\n<p>\u201cJadi, tiada keperluan bagi kita (menandatangani sebarang MoU) atas nama kestabilan politik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cIa cukup berbeza dengan situasi di peringkat persekutuan di mana Ismail Sabri Yaakob, dinamakan sebagai Perdana Menteri, tiga bulan lalu.\u201d<\/p>\n<p>GRS adalah pakatan antara Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS, dibentuk untuk bertanding pada pilihan raya negeri Sabah, tahun lalu.<\/p>\n<p>DAP Sabah pada awalnya adalah sebahagian daripada rombongan PH membentangkan tujuh agenda reformasi kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, pada Nov 15.<\/p>\n<p>Sejumlah reformasi membabitkan politik dan pentadbiran dibentangkan dalam agenda itu, termasuk mengembalikan hak negeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19.<\/p>\n<p>Penganalisis berhujah, kekalahan PH pada pilihan raya negeri Melaka, mungkin disebabkan pemeteraian MoU dengan Putrajaya.<\/p>\n<p>Kata mereka, situasi sama mungkin berulang kepada pembangkang di Sabah sekiranya GRS menerima cadangan agenda reformasi berkenaan.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: DAP negeri menarik diri daripada Agenda Reformasi Sabah (SRA), yang berperanan sebagai memorandum persefahaman (MoU), yang dicadangkan sebelum&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":5994,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-5993","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5993","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5993"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5993\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5995,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5993\/revisions\/5995"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/5994"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5993"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5993"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5993"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}