{"id":6331,"date":"2021-12-22T07:23:15","date_gmt":"2021-12-22T07:23:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=6331"},"modified":"2021-12-22T08:21:41","modified_gmt":"2021-12-22T08:21:41","slug":"tiga-senator-angkat-sumpah-ahli-dewan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tiga-senator-angkat-sumpah-ahli-dewan-negara\/","title":{"rendered":"Tiga Senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.<\/p>\n<p>Mereka ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh,\u00a0Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah Noraini Idris dan\u00a0Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Berhad Datuk Seri Zurainah Musa.<\/p>\n<p>Nuridah adalah lantikan semula oleh\u00a0Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berkuat kuasa mulai 29 Nov 2021 hingga 28 Nov 2024 manakala Noraini dan Zurainah masing-masing adalah lantikan baharu oleh DUN Sabah dan Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Pelantikan Noraini berkuat kuasa mulai\u00a010 Dis 2021 hingga 9 Dis 2024 manakala Zurainah mulai\u00a0hari ini hingga 21 Dis 2024.<\/p>\n<figure id=\"attachment_6338\" aria-describedby=\"caption-attachment-6338\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-6338\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948-300x163.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"163\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948-300x163.jpeg 300w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948-768x418.jpeg 768w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948-150x82.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948-696x379.jpeg 696w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/12\/DAEFAAC5-4ED2-42E6-874C-404422A54948.jpeg 973w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-6338\" class=\"wp-caption-text\">Noraini Idris<\/figcaption><\/figure>\n<p>Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.<\/p>\n<p>Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan tiga Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya\u00a0menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan menunaikan segala sumpah yang telah dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurutnya, Ahli Dewan Negara mestilah bertindak seiring agenda membaharui tekad dan langkah serta tindakan sebagai seorang Senator kerana jika gagal melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan, rakyat akan menghakimi mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam konteks itu juga, marilah kita bersama-sama memperkecilkan peranan politik di dalam dewan ini dan memperbesarkan peranan negara kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara\u00a0itu, Rais turut memberi penekanan terhadap Peraturan Mesyuarat 13(2) yang memperuntukkan seseorang itu boleh dengan usaha dan permohonan khas membuat usul atas apa jua yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan ataupun oleh pihak\u00a0berkuasa.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Di\u00a0bawah peraturan itu, dengan dibawa usul yang tidak dikehendak dikeluarkan, pemberitahu boleh memutuskan hendak menjalankan mana-mana jua urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan dan usul itu hendaklah\u00a0didahulukan daripada urusan-urusan lain dan\u00a0diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas.<\/p>\n<p>&#8220;Saya perlu menekankan iaitu peruntukan ini tiada di Dewan Rakyat dan sayangnya peruntukan ini jarang sekali digunakan di Dewan yang mulia ini. Misalnya pada zaman dan masa kita berhadapan dengan tengkujuh ini, tidak ada satu pun usul yang kita buat, kita menganggap keadaan sekarang sama seperti biasa.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan sebegitu\u00a0harus diubah dan marilah kita bersama-sama berganding bahu dan diharapkan dengan kemasukan ketiga-tiga wirawati Senator ini dapat mengubah keadaan seterusnya,\u201d kata Rais.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim,&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":6332,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-6331","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6331","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6331"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6331\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6339,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6331\/revisions\/6339"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6332"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6331"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6331"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6331"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}