{"id":6466,"date":"2021-12-26T15:26:55","date_gmt":"2021-12-26T15:26:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=6466"},"modified":"2021-12-26T15:27:23","modified_gmt":"2021-12-26T15:27:23","slug":"bomba-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/bomba-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir\/","title":{"rendered":"Bomba siap sedia hadapi kemungkinan banjir"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah meletakkan aset-aset di kawasan berisiko sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir susulan luruan monsun yang dijangka bermula esok.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Pengarah JBPM Sabah, Md. Ali Ismail berkata, Luruan monsun ini dijangka membawa angin sejuk dari Siberia mengakibatkan\u00a0hujan berterusan terutama di kawasan pantai timur dan utara Sabah. <\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ia berpotensi mengakibatkan berlakunya banjir, tanah runtuh dan lain-lain kecelakaan berkaitan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cPihak bomba diletakkan dalam keadaan bersiap siaga, kini sudah meletakkan aset di kawasan strategik lebih awal sekali gus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cKita akan sentiasa berkoordinasi dengan agensi lain di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah\/Negeri untuk bertindak balas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini selari dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan mekanisme pengurusan bencana di Malaysia,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Md. Ali mengingatkan agar orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko perlu lebih peka serta sentiasa berwaspada.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u201cBagi individu yang merancang untuk menjalankan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah di kawasan pinggiran sungai atau ingin melakukan aktiviti pendakian disaran untuk menangguhkan dahulu aktiviti tersebut bagi mengelakkan berlakunya malapetaka di luar jangka,\u201d katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan ramalan hujan berterusan susulan luruan Monsun Timur Laut pada 27 hingga 31 Disember di enam negeri termasuk pantai timur Sabah, barat Sarawak, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Justeru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengingatkan semua agensi untuk bersiap sedia menghadapi situasi tersebut yang mungkin boleh menyebabkan bencana banjir khususnya di kawasan pantai timur Sabah dan barat Sarawak.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah meletakkan aset-aset di kawasan berisiko sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":6467,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-6466","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6466","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6466"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6466\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6468,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6466\/revisions\/6468"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6467"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6466"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6466"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6466"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}