{"id":6666,"date":"2021-12-31T14:41:13","date_gmt":"2021-12-31T14:41:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=6666"},"modified":"2021-12-31T14:41:13","modified_gmt":"2021-12-31T14:41:13","slug":"pm-ajak-rakyat-cipta-sinar-baharu-pada-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pm-ajak-rakyat-cipta-sinar-baharu-pada-2022\/","title":{"rendered":"PM ajak rakyat cipta sinar baharu pada 2022"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan bergelut dengan pandemik COVID-19 di samping menghadapi bencana banjir, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat Malaysia\u00a0mencipta sinar baharu bagi membina negara bangsa\u00a0yang lebih baik pada 2022.<\/p>\n<p>Meminta\u00a0rakyat Malaysia bersama-sama beliau dan kerajaan,\u00a0Perdana Menteri berkata semua pihak harus membuat resolusi untuk meraikan persamaan dan mengetepikan perbezaan yang wujud bagi meneruskan agenda kemajuan negara.<\/p>\n<p>\u201cDengan ketibaan tahun 2022 ini, maka bermulalah lembaran baharu dalam kehidupan kita. Saya berdoa semoga tahun 2022 memberikan sinar baharu kepada Keluarga Malaysia,\u201d katanya dalam perutusan tahun baharu yang disiarkan stesen-stesen televisyen, malam ini.<\/p>\n<p>Mengimbau situasi\u00a0COVID-19 pada 2021, Ismail Sabri berkata\u00a0wabak berkenaan menular sehingga mencapai rekod 24,599 kes harian dan mengakibatkan 393 kematian pada 26 Ogos.<\/p>\n<p>Namun, beliau berkata\u00a0pelbagai langkah proaktif dilaksanakan kerajaan bersama rakyat telah membuahkan hasil apabila jumlah jangkitan mencatatkan penurunan sehingga sekitar 3,000\u00a0kes harian ketika ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, katanya melihat kepada\u00a0peningkatan kes semasa di negara\u00a0seperti\u00a0Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom, selain\u00a0kemunculan varian baharu seperti Omicron, kerajaan mengambil beberapa langkah\u00a0tertentu untuk bersiap siaga bagi menghadapi sebarang penularan di negara ini.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Tambahnya pada penghujung tahun pula, Keluarga Malaysia diuji dengan bencana banjir yang agak luar biasa\u00a0dengan kehilangan 48 nyawa.<\/p>\n<p>\u201cDi sebalik tragedi dan kesedihan, musibah banjir ini telah menyerlahkan semangat Keluarga Malaysia iaitu kebersamaan dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi keselamatan, kakitangan Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan serta individu-individu yang bertungkus lumus membantu dan menyelaraskan misi bantuan semasa banjir serta melakukan kerja-kerja pemulihan pasca banjir.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cBegitu juga bantuan dan sumbangan daripada sektor korporat termasuk GLC dan GLIC. Anda semua adalah wira-wira yang tidak didendang. Syabas dan tahniah saya ucapkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Perdana Menteri berkata dari aspek sosial dan kesejahteraan rakyat, kerajaan fokus untuk memenuhi keperluan perumahan generasi muda Keluarga Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata aspek itu turut melibatkan teknologi Kecerdasan Buatan\u00a0dengan konsep \u2018Smart Safe City\u2019 akan diperkenalkan secara berperingkat bermula di bandar-bandar utama seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cInilah antara terjemahan hala tuju ekonomi yang bakal digerakkan pada tahun 2022,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ismail Sabri berkata\u00a0isu kemiskinan dan jurang pendapatan juga merupakan agenda menjadi keutamaannya dengan beliau sendiri\u00a0akan mengetuai inisiatif pembasmian kemiskinan oleh kerajaan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan juga akan terus memberikan fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Setelah berhadapan pelbagai cabaran dan bergelut dengan pandemik COVID-19 di samping menghadapi bencana banjir, Datuk Seri Ismail Sabri&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":6667,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-6666","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6666"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6668,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6666\/revisions\/6668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6666"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6666"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6666"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}