{"id":6789,"date":"2022-01-03T23:30:16","date_gmt":"2022-01-03T23:30:16","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=6789"},"modified":"2022-01-03T23:30:16","modified_gmt":"2022-01-03T23:30:16","slug":"keputusan-tangguh-umrah-diteruskan-demi-kepentingan-awam-idris-ahmad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/keputusan-tangguh-umrah-diteruskan-demi-kepentingan-awam-idris-ahmad\/","title":{"rendered":"Keputusan tangguh umrah diteruskan demi kepentingan awam &#8211; Idris Ahmad"},"content":{"rendered":"<p>SEGAMAT: Keputusan kerajaan menangguhkan umrah disifatkan amat berat untuk diambil tetapi diteruskan demi kepentingan orang awam susulan ancaman varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.<\/p>\n<p>Menjelaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata tidak wujud diskriminasi terhadap orang Islam seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah berbincang dengan agensi berkaitan dan mengambil kira cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai ancaman terbaharu wabak itu.<\/p>\n<p>Ini adalah\u00a0masalah orang ramai, masalah negara, tidak timbul soal diskriminasi atau yang lain&#8230;(dakwaan seperti itu) tak patut sangatlah.<\/p>\n<p>&#8220;Janganlah tohmah, kata kita nak tindas orang Islam. Apa yang dikemukakan oleh pihak KKM adalah data. Kita boleh tengok bagaimana wabak ini dibawa daripada negara-negara, ini semua data, bukan apa yang mereka (KKM) cakap itu dalam bentuk yang tidak ada fakta,&#8221; katanya\u00a0kepada pemberita selepas melawat mangsa\u00a0banjir di Sekolah Agama Kuala Paya\u00a0dekat sini hari ini.<\/p>\n<p>Idris berkata ada cadangan untuk mewajibkan rombongan umrah dikuarantin di hotel atau tempat\u00a0tertentu berbanding kuarantin rumah sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan memandangkan tempat kuarantin yang diperlukan terlalu banyak dan kekurangan logistik.<\/p>\n<p>&#8220;Sehari memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 katil. Akhirnya keputusan (tangguh umrah) terpaksa diambil oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu merebaknya penyakit ini, yang boleh mendatangkan masalah lebih banyak lagi (pada masa hadapan),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Justeru, Idris meminta rakyat bersikap terbuka dengan keputusan kerajaan memandangkan ia dibuat berdasarkan kepentingan orang ramai.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa 8 Jan ini adalah satu diskriminasi terhadap umat Islam.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEGAMAT: Keputusan kerajaan menangguhkan umrah disifatkan amat berat untuk diambil tetapi diteruskan demi kepentingan orang awam susulan ancaman varian baharu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":6790,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-6789","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6789","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6791,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6789\/revisions\/6791"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6790"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}