{"id":6972,"date":"2022-01-09T05:47:42","date_gmt":"2022-01-09T05:47:42","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=6972"},"modified":"2022-01-09T05:47:42","modified_gmt":"2022-01-09T05:47:42","slug":"seluruh-srikandi-mesti-kuasai-media-sosial-azizah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/seluruh-srikandi-mesti-kuasai-media-sosial-azizah\/","title":{"rendered":"Seluruh Srikandi mesti kuasai Media sosial &#8211; Azizah"},"content":{"rendered":"<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">KOTA KINABALU: Semua jentera Srikandi Bersatu Sabah digalakkan agar bijak menguasai kemahiran serta ilmu pengetahuan untuk mengenai teknologi media sosial bagi dimanfaatkan dalam mengukuhkan gerak kerja parti di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, tanpa kemahiran tersebut\u00a0 sudah pasti akan ketinggalan untuk menguasai banyak aspek kehidupan, setiap individu serta organisasi dalam perubahan teknologi semasa.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Katanya, dalam usaha ke arah itu ketua penerangan serta biro latihan dan komunikasi Srikandi perlu menyusun program berkaitan supaya setiap ahli mampu menguasai teknologi digital hari ini.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">&#8220;Untuk mendekati orang ramai pada masa ini bukan sahaja bergantung kepada kaedah bersemuka tetapi perlu diperkukuh serta diperkuatkan melalui sistem maya yang semakin canggih.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cBiro yang berkenaan perlu melaksanakan secara berkala kursus-kursus berkaitan media sosial, aplikasi dan kaedah jaringan Facebook, Page, Instagram, Twitter malah TikTok yang semakin popular hari ini.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cMereka juga perlu didedahkan dengan pengisian atau \u2018content\u2019 yang menepati cita rasa golongan sasar yang pelbagai hari ini. Untuk mendekati orang ramai apa sahaja kaedah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin,\u201d katanya.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Khas Awal Tahun Penerangan Srikandi Bersatu Negeri bersama Biro Latihan dan Komunikasi di sini semalam.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Azizah merupakan Ahli Parlimen Beaufort berkata, media sosial bukan sahaja membolehkan penyebaran maklumat menjadi mudah tetapi juga membolehkan pemimpin mengetahui isu-isu yang berbangkit di peringkat akar umbi.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cMelalui media sosial kita bukan sahaja boleh mengawal maklumat untuk disampaikan tetapi juga menerima maklumat daripada bawah untuk diberi perhatian. Dalam hal ini, kita boleh mengenal pasti isu-isu yang berbangkit di 25 bahagian yang kita ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Katanya, oleh kerana media sosial mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai dan mampu mempengaruhi corak pemikiran rakyat, seharusnya setiap jentera Srikandi mempunyai keupayaan untuk mengawal sebarang dakyah yang disebarkan.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">Malah, katanya, mereka seharusnya mampu mendidik pengguna media sosial supaya menjadikan platform media sosial itu sebagai pemangkin kepada kemajuan ekonomi.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cJika digunakan untuk menyebarkan maklumat yang baik, dijadikan platform untuk perniagaan, saya percaya penggunaan media sosial ini mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi masyarakat.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cOleh itu, kita tidak lagi boleh ketinggalan dan perlu menjadi peneraju kepada komuniti alam maya ini. Kita tidak boleh menjadi sekadar pengikut atau follower.<\/p>\n<p data-removefontsize=\"true\" data-originalcomputedfontsize=\"16\">\u201cKita yang menyediakan \u2018content\u2019 atau pengisian yang sesuai, membina fikiran, meningkatkan kefahaman mengenai organisasi dan dasar kerajaan serta pelbagai lagi ilmu pengetahuan,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Semua jentera Srikandi Bersatu Sabah digalakkan agar bijak menguasai kemahiran serta ilmu pengetahuan untuk mengenai teknologi media sosial&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":675,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-6972","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6972"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6972\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6974,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6972\/revisions\/6974"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}