{"id":700,"date":"2021-03-11T12:56:36","date_gmt":"2021-03-11T12:56:36","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=700"},"modified":"2021-03-11T13:02:13","modified_gmt":"2021-03-11T13:02:13","slug":"7-daerah-sabah-masih-zon-merah-masidi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/7-daerah-sabah-masih-zon-merah-masidi\/","title":{"rendered":"7 daerah Sabah masih Zon Merah: Masidi"},"content":{"rendered":"<figure id=\"attachment_430\" aria-describedby=\"caption-attachment-430\" style=\"width: 300px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2021\/02\/1A6A629F-8E51-4574-B764-9911386193DA-300x225.jpeg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" class=\"size-medium wp-image-430\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-430\" class=\"wp-caption-text\">Masidi Manjun (Gambar fail)<\/figcaption><\/figure>\n<p>KOTA KINABALU: Hanya tujuh daripada 27 daerah di Sabah masih dalam Zon Merah COVID-19, termasuk Keningau yang mencatatkan angka jangkitan baharu tertinggi membabitkan 18 kes, hari ini.<\/p>\n<p>Daerah lain ialah Tawau dengan lapan kes baharu, Kota Kinabalu (lima), Kalabakan (lima), Sandakan (dua), Kota Marudu (dua) dan Nabawan (sifar).<\/p>\n<p>Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata sembilan daerah pula dalam Zon Jingga, iaitu Kudat, Papar, Beluran, Kota Belud, Penampang, Putatan, Kunak dan Kinabatangan.<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, Lahad Datu bertukar daripada Zon Merah kepada Zon Jingga, hari ini.<\/p>\n<p>&#8220;Zon Kuning meliputi 10 daerah, manakala Tongod kekal dalam Zon Hijau,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, Sabah secara keseluruhan terus melaporkan angka jangkitan baharu COVID-19 yang rendah membabitkan 54 kes, semalam, dengan satu kematian direkodkan di Sipitang.<\/p>\n<p>&#8220;Jangkitan baharu itu meliputi 39 kes (72.2 peratus) dikesan melalui saringan kontak rapat, kes bergejala (enam) dan saringan kluster sedia ada (satu),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Seterusnya, 57 pesakit sembuh, manakala 585 orang masih menerima rawatan meliputi 210 di hospital serta 375 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).<\/p>\n<p>Beliau berkata, ia mewakili penggunaan 11.7 peratus daripada 5,001 unit katil disediakan untuk pesakit COVID-19 di seluruh Sabah ketika ini.<\/p>\n<p>Masidi berkata, 2,501 orang pula menerima dos pertama vaksin, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya di Sabah mencecah 16,566 orang, setakat ini.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, katanya, kebanyakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sabah, semalam, membabitkan kesalahan tidak memakai pelitup muka dengan empat kes.<\/p>\n<p>Katanya, empat lagi kompaun adalah berkaitan kesalahan dilakukan pemilik premis, iaitu tiada penjarakan fizikal, tiada tanda penjarakan di meja dan tiada penanda arah keluar masuk.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tujuh kompaun dikeluarkan di sekitar Kota Kinabalu, manakala satu lagi di Kinarut, Papar.<\/p>\n<p>SabahNewsToday<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Hanya tujuh daripada 27 daerah di Sabah masih dalam Zon Merah COVID-19, termasuk Keningau yang mencatatkan angka jangkitan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-700","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/700","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=700"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/700\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":702,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/700\/revisions\/702"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=700"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=700"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=700"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}