{"id":7061,"date":"2022-01-11T09:00:32","date_gmt":"2022-01-11T09:00:32","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7061"},"modified":"2022-01-11T09:01:52","modified_gmt":"2022-01-11T09:01:52","slug":"sambutan-tahun-baharu-pun-covid-19-naik-mendadak-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/sambutan-tahun-baharu-pun-covid-19-naik-mendadak-di-sabah\/","title":{"rendered":"Sambutan Tahun Baharu punca COVID-19 naik mendadak di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 253 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus naik mendadak dianggarkan sebanyak 92 kes berbanding kelmarin (161).<\/p>\n<p>Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berharap kes yang naik mendadak ini bukan berpunca daripada pelbagai acara sambutan tahun baharu yang membelakangkan prosedur operasi standard (SOP) dan nasihat-nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) yang lain.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya acara keramaian menyambut tahun baharu adalah punca kenaikan kes hari ini, tidak mustahil kita akan menyaksikan jumlah kes harian yang lebih tinggi untuk beberapa waktu akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, lebih banyak daerah mencatat kes baharu yang lebih tinggi hari ini dengan 10 daerah merekodkan kes dua angka berbanding 5 daerah sahaja semalam.<\/p>\n<p>Antaranya, Kota Kinabalu dengan 49 kes (+20), Tuaran 29 kes (+10), Kota Marudu 19 kes (+14), Penampang 18 kes (+5) dan Sandakan 15 kes (+12).<\/p>\n<p>\u201cCuma daerah Putatan dan Kunak yang tidak mencatat sebarang kes baharu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, adalah juga diperhatikan bahawa peratusan jumlah kes kategori saringan kontak rapat (45.8%) dan kategori saringan bergejala (43.1%) hampir seimbang hari ini.<\/p>\n<p>\u201cIni secara jelas mencerminkan betapa luasnya virus Covid berada di tengah-tengah masyarakat serta kelalaian ramai orang daripada mematuhi pelbagai SOP,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas beliau, 50 (19.76%) daripada 253 kes hari ini melibatkan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun yang belum layak menerima vaksin.<\/p>\n<p>\u201cStatistik jangkitan yang melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun ini agak tinggi dan membimbangkan. Adalah diharapkan semua ibu bapa juga guru-guru di sekolah mengambil langkah-langkah dan inisiatif yang boleh mengurangkan risiko jangkitan ke atas mereka yang masih belum layak menerima vaksin,\u201d kata Masidi.<\/p>\n<p>Seramai 248 orang daripada 253 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, dua orang pesakit dalam Kategori 3, dan seorang pesakit masing2 dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 253 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus naik mendadak dianggarkan sebanyak 92 kes berbanding kelmarin&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2530,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-7061","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7061"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7063,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7061\/revisions\/7063"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2530"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7061"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7061"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7061"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}