{"id":7072,"date":"2022-01-11T10:33:14","date_gmt":"2022-01-11T10:33:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7072"},"modified":"2022-01-11T10:33:14","modified_gmt":"2022-01-11T10:33:14","slug":"pembantu-peniaga-didakwa-dera-tujuh-anak-cederakan-isteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pembantu-peniaga-didakwa-dera-tujuh-anak-cederakan-isteri\/","title":{"rendered":"Pembantu peniaga didakwa dera tujuh anak, cederakan isteri"},"content":{"rendered":"<p>GEORGE TOWN: Seorang bapa\u00a0hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan\u00a0mendera tujuh orang anaknya berumur lima hingga 14 tahun pada tahun lepas.<\/p>\n<p>Tertuduh\u00a0yang berumur 42 tahun yang\u00a0bekerja sebagai pembantu peniaga di\u00a0Pasar Tun Sardon, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim\u00a0Mazdi Abdul Hamid dan tiga pertuduhan lagi dibacakan di hadapan Hakim\u00a0Norsalha Hamzah.<\/p>\n<p>Lelaki itu didakwa mendera dengan cara menyebabkan kecederaan ke atas tubuh dan mengabaikan kesihatan enam kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya itu di rumahnya di\u00a0Solok Tengku, Jelutong di sini antara Januari hingga Disember 2021.<\/p>\n<p>Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya, Rais\u00a0Imran Hamid dan Muhammad Shahrezal Mohd Shukri memohon mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin atas alasan kes itu serius namun Hakim Mazdi dan Norsalha membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM60,000 untuk semua pertuduhan.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement rendered\">\n<div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Kedua-dua hakim juga mengenakan syarat tambahan terhadap ikat jamin berkenaan iaitu tertuduh perlu melaporkan\u00a0diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah serta\u00a0dilarang mendekati atau mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Kedua-dua hakim\u00a0menetapkan 11 Feb sebagai tarikh sebutan semula kes tertuduh yang diwakili peguam Md\u00a0Yusuf Md Idris.<\/p>\n<p>Sementara itu dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, tertuduh juga mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan,\u00a0atas pertuduhan mencederakan isterinya, seorang suri rumah\u00a0yang merupakan warga Singapura berumur 42 tahun.<\/p>\n<p>Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut\u00a0Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.<\/p>\n<p>Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengugut mangsa untuk menarik balik laporan dan menetapkan\u00a0kes disebut semula pada\u00a011 Feb akan datang.<\/p>\n<p>Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa\u00a0Syairah Aqilah\u00a0Khalil manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Asri Abdul Hamid.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GEORGE TOWN: Seorang bapa\u00a0hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tujuh pertuduhan\u00a0mendera tujuh orang anaknya berumur lima hingga&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7073,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-7072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7074,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7072\/revisions\/7074"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7073"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}