{"id":7103,"date":"2022-01-12T10:12:37","date_gmt":"2022-01-12T10:12:37","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7103"},"modified":"2022-01-12T10:12:37","modified_gmt":"2022-01-12T10:12:37","slug":"polis-sabah-rampas-dadah-rm1-99-juta-diisytihar-peralatan-akuarium","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/polis-sabah-rampas-dadah-rm1-99-juta-diisytihar-peralatan-akuarium\/","title":{"rendered":"Polis Sabah rampas dadah RM1.99 juta diisytihar peralatan akuarium"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah merampas dadah dipercayai jenis Methamphetamine bernilai RM1.99 juta berat 55.4 kilogram (kg) dalam dua serbuan di sini pada 4 dan 9 Jan lepas, dan menahan seorang penggangur lelaki tempatan berusia 50 tahun bagi membantu siasatan.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya percaya kegiatan itu didalangi satu sindiket yang menghantar dadah tersebut dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu di sini\u00a0menggunakan perkhidmatan kurier yang diisytihar sebagai peralatan akuarium.<\/p>\n<p>Beliau berkata hasil perkongsian maklumat dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik\u00a0Kuala Lumpur, serbuan dilakukan pada 4.15 petang 4 Jan lepas di tempat letak kereta sebuah syarikat penghantaran barangan di Inanam dan menahan suspek kes tersebut bersama sebuah kereta.<\/p>\n<p>\u201cHasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas tiga kotak dadah\u00a0dipercayai\u00a0jenis\u00a0 Methamphetamine dengan berat 33.62kg bernilai RM1.21 juta,\u201d\u00a0katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen\u00a0Sabah di sini hari ini.<\/p>\n<p>Jauteh berkata hasil siasatan lanjut rampasan pertama, PDRM merampas dua kotak berisi dadah dipercayai\u00a0jenis\u00a0Methamphetamine berat 21.78kg bernilai RM784,000 dalam serbuan kedua di sebuah kawasan komersil di Bandaraya Kota Kinabalu di sini\u00a0pada pukul 9.50 pagi, 9\u00a0Jan lepas.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Beliau berkata PDRM juga menyita wang tunai berjumlah RM102,097.87 berkaitan kes itu, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSuspek yang ditahan mempunyai 17 kes lampau dalam pelbagai kesalahan antaranya dadah dan curi, suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran (dadah)&#8230;siasatan masih dilakukan tentang kawasan pengedaran dadah tersebut, serta tempoh sindiket beroperasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, dalam kes berasingan PDRM pada pagi tadi menerima maklumat tentang sebuah bot yang meletup di Semporna dan PDRM bersama agensi terlibat masih dalam operasi mencari bot serta mangsa terlibat.<\/p>\n<p>\u201cKejadian dipercayai terjadi petang semalam tetapi pihak polis menerima maklumat 11.30\u00a0pagi ini&#8230;punca kejadian ini masih dalam siasatan dan pasukan mencari menyelamat masih tidak menemui apa-apa setakat ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah memberitahu pihaknya menerima maklumat kejadian bot meletup itu\u00a0yang berlaku di\u00a0Pulau Tatagan, Semporna, melibatkan dua orang mangsa menggunakan bot jenis &#8216;pump boat&#8217;.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah merampas dadah dipercayai jenis Methamphetamine bernilai RM1.99 juta berat 55.4 kilogram (kg) dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7104,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[18],"tags":[],"class_list":["post-7103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-jenayah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7105,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7103\/revisions\/7105"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7104"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}