{"id":7145,"date":"2022-01-14T01:34:43","date_gmt":"2022-01-14T01:34:43","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7145"},"modified":"2022-01-14T03:54:56","modified_gmt":"2022-01-14T03:54:56","slug":"empat-lms-di-sabah-mantapkan-kawalan-keselamatan-perairan-negara-hishammuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/empat-lms-di-sabah-mantapkan-kawalan-keselamatan-perairan-negara-hishammuddin\/","title":{"rendered":"Empat LMS di Sabah mantapkan kawalan keselamatan perairan negara &#8211; Hishammuddin"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 13 Jan &#8212; Penempatan empat Kapal Misi Persisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Armada Timur di sini mampu memantapkan lagi\u00a0kawalan keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.<\/p>\n<p>Menteri Kanan Pertahanan\u00a0Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein\u00a0berkata LMS memainkan peranan\u00a0menangkis ancaman, mengawasi kawasan operasi, meronda\u00a0zon ekonomi eksklusif dan platform sokongan kepada tugasan dalam keadaan aman, konflik dan\u00a0perang.<\/p>\n<p>&#8220;TLDM akan manfaatkan dengan sebaik mungkin (keupayaan LMS) demi mengukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah termasuk melalui peningkatan rondaan bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan seperti kemasukan pendatang tanpa izin melalui jalan laut dan pelanunan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian\u00a0pada sidang media\u00a0selepas melawat TLDM Kota Kinabalu dan mendengar taklimat mengenai \u2018Operasi Murni\u2019\u00a0iaitu persiapan menghadapi banjir\u00a0di\u00a0Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi\u00a0di sini hari ini.<\/p>\n<p>Tiga daripada LMS terbabit iaitu\u00a0KD Keris yang ditauliah pada 6 Jan 2020, KD Sundang (5 Mac 2021), dan KD Badik (22 Okt 2021) bernaung di bawah Skuadron LMS Ke-11 berpangkalan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.<\/p>\n<p>Hishammuddin berkata LMS keempat\u00a0iaitu Rencong\u00a0tiba di pangkalan itu pada 28 Dis lepas dan akan menyertai skuadron apabila menerima pentauliahan pada 28 Jan depan yang kemudian dikenali sebagai KD Rencong.<\/p>\n<p>\u201cKeberadaan keempat-empat LMS di dalam negara khususnya di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu hari ini cukup bermakna bagi TLDM\u00a0kerana\u00a0ia menandakan semua LMS telah selesai diterima oleh TLDM dalam tempoh yang ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kontrak perolehan keempat-empat LMS dimeterai antara Kementerian Pertahanan\u00a0dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding &amp; Offshore International Co Ltd.<\/p>\n<p>Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia akan meneruskan kerjasama rapat dengan Sabah dan agensi berkepentingan menerusi Operasi Murni bagi memastikan kesiapsiagaan mendepani\u00a0bencana terus berada di tahap tertinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Sejak hari pertama banjir di Sabah termasuk Kota Marudu, Paitan, Beluran, Sandakan dan Telupid, anggota ATM\u00a0telah diatur gerak bukan sahaja membantu memindahkan mangsa banjir\u00a0tetapi juga menghantar barang keperluan dan makanan serta membantu penyediaan makanan di pusat pemindahan.<\/p>\n<p>&#8220;Sebanyak 385 anggota bersama dengan 50 aset daripada Briged Kelima Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Barat Sabah dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia bagi kawasan Pantai Timur Sabah sedang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga untuk diatur gerak pada bila-bila masa di negeri Sabah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, yang turut serta dalam lawatan itu, berkata kerajaan negeri mahu\u00a0aset keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dinaik taraf untuk memastikan keselamatan di kawasan timur Negeri di Bawah Bayu\u00a0sentiasa berada pada tahap tertinggi.<\/p>\n<p>Menerusi kenyataan sempena lawatan itu, beliau\u00a0berkata\u00a0lebih banyak pos keselamatan\u00a0juga perlu dibina\u00a0terutama di sempadan Sabah-Kalimantan sebagai persediaan perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri mengalu-alukan keputusan ATM\u00a0untuk membina tiga lagi pos keselamatan sebagai tambahan kepada tujuh lagi yang kini dalam proses pembinaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU, 13 Jan &#8212; Penempatan empat Kapal Misi Persisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Markas Pemerintahan Armada&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7150,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-7145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7145"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7152,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7145\/revisions\/7152"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}