{"id":7316,"date":"2022-01-19T09:28:31","date_gmt":"2022-01-19T09:28:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7316"},"modified":"2022-01-19T09:28:31","modified_gmt":"2022-01-19T09:28:31","slug":"hakim-nasihat-syed-saddiq-berhati-hati-keluar-kenyataan-di-media-sosial-mengenai-kesnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/hakim-nasihat-syed-saddiq-berhati-hati-keluar-kenyataan-di-media-sosial-mengenai-kesnya\/","title":{"rendered":"Hakim nasihat Syed Saddiq berhati-hati keluar kenyataan di media sosial mengenai kesnya"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menasihatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung kesnya di\u00a0mahkamah.<\/p>\n<p>Hakim Mohamed Zaini berkata bekas Menteri Belia dan Sukan itu perlu membezakan kedudukannya sebagai ahli politik dan sebagai tertuduh ketika mengeluarkan kenyataan.<\/p>\n<p>\u201cSaya memahami kesusahannya tetapi beliau tidak boleh mencampuradukkan semua,\u00a0 sebagai seorang ahli politik dan tertuduh.<\/p>\n<p>Saya pasti dari semasa ke semasa anda (peguam) akan dapat menasihatinya\u00a0tentang apa yang boleh (berhubung hantaran di media sosialnya),\u201d kata hakim\u00a0pada prosiding sebutan kali pertama kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini.<\/p>\n<p>Hakim itu menasihati\u00a0Syed Saddiq susulan\u00a0Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Shaharuddin Wan Ladin mengingatkan tertuduh supaya lebih berhati-hati\u00a0mengeluarkan kenyataan berhubung\u00a0\u00a0empat pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan yang dihadapinya dalam media sosial.<\/p>\n<p>Wan Shaharuddin menasihatkan Syed Saddiq agar tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan dirinya berhubung kes dihadapinya di dalam Facebook sebelum perbicaraan bermula.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ini bukan satu gag order (perintah larangan) cuma nasihat daripada orang yang lebih matang daripada tertuduh. Sebelum ini terdapat beberapa posting di Facebook beliau yang komen tentang perjalanan kes ini dan telah mengemukakan pembelaannya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSaya cuma mengingatkan tertuduh agar lebih berhati-hati kerana pembelaan yang beliau kemukakan dalam Facebooknya boleh digunakan terhadapnya,\u201d kata Wan Shaharuddin.<\/p>\n<p>Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata anak guamnya perlu diberi ruang yang lebih fleksibel bagi menjelaskan kepada orang ramai yang ingin mengetahui mengenai kes yang dihadapinya di mahkamah, namun, peguam itu mengambil maklum mengenai teguran hakim berkenaan.<\/p>\n<p>Pada prosiding hari ini, mahkamah juga menetapkan 22 hari bermula 7 hingga 10 Jun, 20-22 Jun, 27 dan 28 Jun serta 4-8 Julai, 13-15 Julai dan 18-22 Julai untuk perbicaraan kes\u00a0 yang tarikh tersebut telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.<\/p>\n<p>Terdahulu, Syed Saddiq, 29,\u00a0mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah,\u00a0pengubahan wang haram dan menyalahgunakan wang sumbangan untuk kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan\u00a0Hakim Mohamed Zaini berikutan\u00a0mahkamah membenarkan permohonannya untuk memindahkan kes berkenaan\u00a0dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 25 Nov tahun lepas.<\/p>\n<p>Syed Saddiq didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana ARMADA, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.<\/p>\n<p>Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 406 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu, wang sumbangan untuk kempen PRU14 sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Jalan Pandan 3\/6A, Taman Pandan Jaya di antara 8 April sehingga 21 April 2018, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan iaitu melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 di dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.<\/p>\n<p>Syed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank\u00a0di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.<\/p>\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613], yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, dan sabit kesalahan memperuntukkan hukuman\u00a0penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menasihatkan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar lebih berhati-hati&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7317,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-7316","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7316","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7316"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7316\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7318,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7316\/revisions\/7318"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7317"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7316"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7316"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7316"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}