{"id":7388,"date":"2022-01-22T01:29:45","date_gmt":"2022-01-22T01:29:45","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7388"},"modified":"2022-01-22T01:29:45","modified_gmt":"2022-01-22T01:29:45","slug":"lebih-4-juta-pengundi-18-tahun-didaftar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/lebih-4-juta-pengundi-18-tahun-didaftar\/","title":{"rendered":"Lebih 4 juta pengundi 18 tahun didaftar"},"content":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih empat juta belia berusia 18 tahun sudah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi pada 16 Januari lalu.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, pendaftaran automatik sebagai pengundi itu dilaksanakan menerusi pindaan Perlembagaan pada tahun 2019.<\/p>\n<p>&#8220;Pada 16 Januari lalu, pendaftaran automatik pengundi 18 tahun sudah dimuktamadkan. Lebih empat juta anak muda berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan sentiasa menghargai peranan anak muda dan bermula tahun ini, anak muda yang berusia 18 tahun akan dapat mengundi,&#8221; katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MAYC, di sini.<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1535527495770-0\" data-google-query-id=\"CKmV6t2ZxPUCFWqB6QUd2BcJFg\">\n<div id=\"google_ads_iframe_\/1009103\/BH_1x1_Programmatic_0__container__\">Yang turut hadir, Pengerusi MAYC, Mohd Syahbuddin Hashim dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.<\/div>\n<div>\n<p>Perdana Menteri turut berharap pertubuhan belia seperti MAYC akan memainkan peranan untuk memberikan kesedaran kepada golongan muda tentang pentingnya proses demokrasi ini.<\/p>\n<p>&#8220;Proses ini amat penting bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah benar-benar layak serta mampu menerajui negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kesilapan memilih pemimpin akan memberikan kesan yang buruk kepada negara pada masa akan datang.<\/p>\n<p>&#8220;Memilih pemimpin tidak boleh berasaskan emosi tetapi perlu melalui pertimbangan yang sedalam-dalamnya.<\/p>\n<p>&#8220;Sejarah membuktikan bagaimana negara dunia menghadapi masalah sehingga hari ini disebabkan pemimpin dipilih melalui emosi dan sentimen negatif yang diwujudkan oleh pihak tertentu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ismail Sabri berkata, pertubuhan belia dan MAYC perlu sentiasa bersiap siaga menjadi benteng yang mencurahkan taat setia kepada kebenaran, memastikan tiang-tiang seri yang menegakkan negara ini dapat terus dipertahankan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya menyeru pertubuhan belia untuk bersama-sama kerajaan membawa perubahan lebih baik demi menyediakan pemimpin pelapis kepada negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan supaya pertubuhan belia tidak dijadikan sebagai pentas untuk berpolitik atau kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>&#8220;Pertubuhan belia perlu berperanan sebagai pemangkin bersama-sama pemegang taruh institusi kerajaan untuk membangunkan anak muda negara.<\/p>\n<p>&#8220;Gunakan platform itu untuk memberikan input yang bermanfaat kepada kerajaan supaya dapat bersama-sama membangunkan kembali negara,&#8221; katanya yang turut meluluskan peruntukan RM400,000 kepada MAYC.<\/p>\n<\/div>\n<p>&#8211; BERNAMA<\/p>\n<div><\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih empat juta belia berusia 18 tahun sudah didaftarkan secara automatik sebagai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":2516,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-7388","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7388","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7388"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7388\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7389,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7388\/revisions\/7389"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2516"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}