{"id":7430,"date":"2022-01-23T08:35:44","date_gmt":"2022-01-23T08:35:44","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7430"},"modified":"2022-01-23T08:35:44","modified_gmt":"2022-01-23T08:35:44","slug":"esok-hari-penentuan-sama-ada-ahmad-zahid-perlu-membela-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/esok-hari-penentuan-sama-ada-ahmad-zahid-perlu-membela-diri\/","title":{"rendered":"Esok hari penentuan sama ada Ahmad Zahid perlu membela diri"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB), akan diketahui esok.<\/p>\n<p>Hakim Mahkamah Tinggi\u00a0Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadualkan untuk menyampaikan keputusannya di penghujung kes pendakwaan pada pukul 9.30 pagi.<\/p>\n<p>Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 68, maka dia akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan adalah sebaliknya, bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan.<\/p>\n<p>Pada 6 Dis lepas Hakim Sequerah menetapkan 24 Jan (esok) sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusannya di penghujung kes pendakwaan selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.<\/p>\n<p>Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan\u00a0Hamidi Mohd Noh.<\/p>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pada 19 Mac, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi termasuk bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar,\u00a0rakan kongsi firma guaman Lewis &amp; Co\u00a0B. Muralidharan, pengurup\u00a0wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly. Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ahmad Zahid\u00a0mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan CBT, Ahmad Zahid,\u00a0didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman\u00a0dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Beliau dituduh \u00a0melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis\u00a02016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta\u00a0dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.<\/p>\n<\/div>\n<p>Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid\u00a0didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant &amp; Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan\u00a0mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai\u00a0pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.<\/p>\n<p>Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank\u00a0Dataran\u00a0Maybank di\u00a0Jalan\u00a0Maarof, Bangsar, antara 15\u00a0Julai\u00a02016, dan\u00a015 Mac\u00a02018, mengikut Seksyen 16(a)(B)\u00a0Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan dengan 27 pertuduhan\u00a0pengubahan wang\u00a0haram\u00a0dengan melibatkan diri\u00a0dalam transaksi secara langsung\u00a0membabitkan\u00a0pendapatan\u00a0daripada aktiviti\u00a0haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.<\/p>\n<p>Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan\u00a0Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan April 2018.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid juga berdepan dengan 40 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara, yang menjadikan beliau berdepan dengan sejumlah 87 pertuduhan semuanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7431,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-7430","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7430","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7430"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7430\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7432,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7430\/revisions\/7432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7430"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7430"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7430"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}