{"id":7496,"date":"2022-01-26T10:00:45","date_gmt":"2022-01-26T10:00:45","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7496"},"modified":"2022-01-26T10:00:45","modified_gmt":"2022-01-26T10:00:45","slug":"pelajar-ums-rangkul-anugerah-inventor-muda-terbaik-dalam-pertandingan-inovasi-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pelajar-ums-rangkul-anugerah-inventor-muda-terbaik-dalam-pertandingan-inovasi-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Pelajar UMS rangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik dalam pertandingan inovasi antarabangsa"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik Bidang Sains Sosial dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Maya Antarabangsa Sabah (SIVIIC), baru-baru ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">UMS diwakili Hanif Abdurahman Siswanto, Alec Sean Tiannok Sunga dan Balqis Nasya Sajer menerima anugerah itu melalui <\/span><span class=\"s2\">\u2018Chasoot Nugget\u2019<\/span><span class=\"s1\"> iaitu sebuah produk makanan sampingan berasaskan sayuran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Kesemua mereka merupakan pelajar kursus kokurikulum berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat\u00a0 (INTERIM), Pusat kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) dengan dibimbing jurulatih dan penasihat, Sakinah Ithnin serta Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n<figure id=\"attachment_7498\" aria-describedby=\"caption-attachment-7498\" style=\"width: 642px\" class=\"wp-caption alignnone\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-7498\" src=\"http:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/48F1064B-8340-47AF-9AEB-DCDDD8D3CAEA.jpeg\" alt=\"\" width=\"642\" height=\"787\" srcset=\"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/48F1064B-8340-47AF-9AEB-DCDDD8D3CAEA.jpeg 642w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/48F1064B-8340-47AF-9AEB-DCDDD8D3CAEA-245x300.jpeg 245w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/48F1064B-8340-47AF-9AEB-DCDDD8D3CAEA-150x184.jpeg 150w, https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/wp-content\/uploads\/2022\/01\/48F1064B-8340-47AF-9AEB-DCDDD8D3CAEA-300x368.jpeg 300w\" sizes=\"auto, (max-width: 642px) 100vw, 642px\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-7498\" class=\"wp-caption-text\">Jurry Foo<\/figcaption><\/figure>\n<p class=\"p1\">Menurut Dr. Jurry, keistimewaan produk inovasi daripada pucuk ubi kayu itu antaranya mempunyai khasiat yang baik dengan harga jualan yang mampu milik.<\/p>\n<p class=\"p1\">\u201cPada masa yang sama, ia boleh menarik minat masyarakat untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dalam diet harian selain boleh membantu petani menambahkan pendapatan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cJustifikasi idea ini juga adalah bersandarkan kepada kajian manfaat pucuk ubi kayu kepada kesihatan manusia dan juga isu obesiti dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cDari segi pasaran, produk ini mempunyai nilai komersial yang tinggi kerana limpahan ubi kayu di Malaysia, kemudahan pengeluarannya, dan fakta bahawa ia adalah nuget sejuk beku yang boleh disimpan lebih lama daripada makanan segar,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>Jurry berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>Pertandingan SIVIIC kali ke-2 itu merupakan anjuran Jabatan Penyelidikan, Hubungan Industri, Komuniti dan Alumni (PJIMA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>Bertemakan &#8220;Menukarkan Ketidakpastian Covid-19 kepada Peluang,\u201d sebanyak 60 produk dan inovasi merangkumi bidang sains dan sains sosial telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.<\/p>\n<p class=\"p1\">Menurut Jurry, lima lagi \u00a0kumpulan lain turut mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila kesemua mereka masing-masing dinobatkan Anugerah Gangsa.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span><span class=\"s1\">\u201cLima kumpulan pelajar UMS<\/span> <span class=\"s1\">ini meraih pingat<\/span> <span class=\"s1\">melalui<\/span> <span class=\"s1\">produk<\/span><span class=\"s2\"> Smart A-Bin,<\/span> <span class=\"s2\">Charm-Dal Light,<\/span> <span class=\"s2\">Innovation of Tombstone<\/span><span class=\"s1\"> \u2018Batu Nisan\u2019, <\/span><span class=\"s2\">Friendly Wudhuk Hand Shock, <\/span><span class=\"s1\">dan produk <\/span><span class=\"s2\">Prayermate With Pocket<\/span><span class=\"s1\"> .<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span><span class=\"s1\">\u201cPKPP berhasrat meneruskan budaya reka cipta dan inovasi sebagai satu daripada kaedah penyampaian dalam<\/span> <span class=\"s1\">Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB)<\/span> <span class=\"s1\">yang ditawarkan di UMS<\/span><span class=\"s2\">.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cSebagai menjamin kualiti dan impak menyeluruh kepada pelajar, PKPP UMS bercadang untuk menganjurkan bengkel dan seminar bersama Majlis Pengarah Kokurikulum Universiti Awam Malaysia (UniCC) pada masa akan datang,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p class=\"p1\">Dalam pada itu, Jurry memaklumkan bahawa pencapaian pelajar dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa membuktikan bahawa Kemahiran Reka Cipta dan Inovasi seperti yang disarankan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) adalah sangat relevan.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cPenerapannya sebagai satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam KKB amat bertepatan ke arah melahirkan pelajar holistik yang menguasai kemahiran insaniah kepimpinan dan interpersonal melalui kursus mata pelajaran umum \u00a0(MPU) yang wajib diambil oleh pelajar dalam pengajian mereka.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cSaya bersyukur dan berterima kasih kerana pasukan PKPP UMS, khususnya penyelaras inovasi Dr. Sharifah Rahamah Amirul sangat komited dalam membangunkan modul inovasi dalam PdP di pusat ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">\u00a0<\/span>\u201cUsaha ini juga adalah atas berkat sokongan UMS, terutama sekali daripada Naib Canselor, Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr.\u00a0Rasid Mail, serta seluruh pucuk kepimpinan UMS,\u201d katanya.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik Bidang Sains Sosial dalam Pertandingan Inovasi dan Reka&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7497,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[15],"tags":[],"class_list":["post-7496","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tempatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7499,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7496\/revisions\/7499"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7497"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}