{"id":7557,"date":"2022-01-29T01:07:23","date_gmt":"2022-01-29T01:07:23","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7557"},"modified":"2022-01-29T01:07:23","modified_gmt":"2022-01-29T01:07:23","slug":"saingan-bn-di-johor-adalah-ph-bukan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/saingan-bn-di-johor-adalah-ph-bukan-bersatu\/","title":{"rendered":"\u2018Saingan BN di Johor adalah PH, bukan Bersatu\u2019"},"content":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU: Di sebalik balas-membalas antara Bersatu dan Umno, Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin tidak melihat parti serpihan itu sebagai pesaing pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kelak.<\/p>\n<p>Sebaliknya, bekas Menteri Besar Johor itu dalam temubual FMT berkata saingan Barisan Nasional di Johor adalah Pakatan Harapan.<\/p>\n<p>\u201cBersatu tidak mempunyai struktur dan mekanisme sebagai sebuah parti akar umbi, walaupun presiden mereka, Muhyiddin Yassin, datang dari Umno. Mungkin atas sebab itu dia umum mungkin tak akan bertanding,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cBagi Umno-BN kemungkinan saingan kita adalah dari PH. Meskipun begitu, saya percaya, walaupun Bersatu tak begitu kuat\u2026wakil Bersatu dalam kerajaan akan guna segala kelebihan\u2026bagi bersaing dengan BN dalam PRN akan datang.\u201d<\/p>\n<p>Khaled berkata keyakinan Umno-BN dalam menghadapi PRN kali ini terbit daripada prestasi yang ditunjukkan PH dan Perikatan Nasional sepanjang kedua-dua gabungan itu memerintah Johor.<\/p>\n<p>Keupayaan PH mentadbir terutamanya boleh diragukan, tambah Khaled.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa dua tahun mereka tukar dua Menteri Besar\u2026mereka gagal.\u201d katanya dalam laporan FMT hari ini.<\/p>\n<p>Namun begitu, Umno melangkah kelak dengan kesedaran bahawa tiada jalan mudah bagi BN berhadapan PRN kali ini.<\/p>\n<p>\u201cDari segi demografi, khususnya pengundi 18 tahun dan pengundi automatik, tak ada mana-mana parti tahu bagaimana mereka akan mengundi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Khaled berasa lucu dengan dakwaan PRN Johor berlaku atas desakan sekumpulan pemimpin Umno yang digelar \u201ckluster mahkamah\u201d.<\/p>\n<p>Sebaliknya, PRN kali ini disebabkan oleh kedudukan kerajaan yang tidak kukuh dengan kelebihan satu kerusi sahaja.<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1608705418130-0\" data-google-query-id=\"CI_Vkbfh1fUCFRU_vQodiM4Bxw\">\n<p>\u201cPada masa sama soal keabsahan, kerana kerajaan itu wujud melalui percaturan politik. Dia tak ada mandat. Jadi baik kita balik kepada rakyat, serah kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khaled menyifatkan keadaan yang mana kerajaan sentiasa terpaksa berunding dan memberikan sesuatu kepada wakil-wakil rakyat lain agar apa sahaja yang diusahakan dipersetujui dan disokong sebagai \u201ctidak sihat\u201d dan \u201ctidak produktif\u201d.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan dengan satu majoriti tertakluk kepada ugutan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Ditanya apakah kes rasuah membabitkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi akan menjejaskan peluang Umno pada PRN nanti, Khaled berkata sokongan kepada BN dan mana-mana parti lain sebenarnya bergantung kepada prestasi masing-masing.<\/p>\n<p>Malah, kes Zahid nampaknya tidak ada kena-mengena dengan prestasi BN pada PRN Melaka tempoh hari.<\/p>\n<p>\u201cRakyat boleh beza antara prestasi parti dengan (kes) presiden yang merupakan perkara peribadi beliau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dewan Undangan Negeri Johor bubar pada Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 9 Feb untuk menentukan tarikh PRN.<\/p>\n<\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU: Di sebalik balas-membalas antara Bersatu dan Umno, Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin tidak melihat parti serpihan itu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":7219,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-7557","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7557","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7557"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7557\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7558,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7557\/revisions\/7558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7557"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7557"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7557"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}