{"id":7808,"date":"2022-02-07T01:12:40","date_gmt":"2022-02-07T01:12:40","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7808"},"modified":"2022-02-07T01:16:27","modified_gmt":"2022-02-07T01:16:27","slug":"naik-taraf-sistem-ramalan-cuaca-elak-impak-lebih-teruk-bung-moktar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/naik-taraf-sistem-ramalan-cuaca-elak-impak-lebih-teruk-bung-moktar\/","title":{"rendered":"Naik taraf sistem ramalan cuaca elak impak lebih teruk &#8211; Bung Moktar"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">KOTA KINABALU: Sistem ramalan kaji cuaca yang lebih canggih, berketepatan tinggi dan cepat perlu diwujudkan bagi memberi amaran awal mengenai kemungkinan berlaku bencana terutama banjir.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata sistem sedia ada sekarang kurang berkesan menyebabkan impak bencana menjadi lebih teruk, khususnya di Sabah.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, maklumat cuaca dan amaran mengenai kemungkinan berlaku bencana alam perlu disalurkan segera seawal mungkin supaya orang ramai boleh bersiap-siaga menghadapi kemungkinan banjir di kawasan masing-masing.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Jika kita memiliki sistem ramalan kaji cuaca yang lebih canggih dan berkesan, kita boleh bersedia lebih awal dan ini sudah tentu mampu mengurangkan kesan daripada banjir yang berlaku selain dapat menggerakkan bantuan lebih awal kepada mangsa,&#8221; katanya dalam satu kenyataan, di sini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Beliau mengulas banjir yang berlaku di kawasan utara Sabah, khususnya di Kudat dan Pitas semalam, berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Setakat malam tadi, seramai 221 penduduk daripada 69 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Banjir turut menyebabkan beberapa kawasan rendah, termasuk laluan di sekitar bandar Kudat terjejas akibat dinaiki air, semalam.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ia adalah banjir kedua di utara Sabah, khususnya di Pitas selepas awal bulan lalu yang menyaksikan ratusan penduduk terpaksa dipindahkan ke PPS.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri, berkata pengalaman berhadapan banjir yang berlaku secara tiba-tiba di beberapa negeri termasuk Sabah baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, langkah yang lebih proaktif perlu diambil segera, khususnya aspek ramalan cuaca sebagai antara penambahbaikan dalam usaha kerajaan menangani bencana.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Kita akan cadangkan perkara ini kepada kerajaan Pusat memandangkan Sabah juga berhadapan dengan risiko banjir yang berlaku hampir setiap tahun,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Selain itu, Bung Moktar berkata peralatan bantuan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua daerah di Sabah juga perlu dilengkapkan, selain sentiasa dalam keadaan yang baik.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ia bagi memastikan semua peralatan dapat diguna dan digerakkan dengan segera bagi memberi bantuan kepada mangsa apabila berlaku bencana.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Sistem ramalan kaji cuaca yang lebih canggih, berketepatan tinggi dan cepat perlu diwujudkan bagi memberi amaran awal mengenai&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4494,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-7808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7808"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7809,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7808\/revisions\/7809"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4494"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}