{"id":7934,"date":"2022-02-10T01:22:35","date_gmt":"2022-02-10T01:22:35","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7934"},"modified":"2022-02-10T01:23:33","modified_gmt":"2022-02-10T01:23:33","slug":"rakan-berbohong-guna-komputer-buat-draf-surat-sokongan-ums-peter","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/rakan-berbohong-guna-komputer-buat-draf-surat-sokongan-ums-peter\/","title":{"rendered":"Rakan berbohong guna komputer buat draf surat sokongan UMS &#8211; Peter"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Mohd Shukur Mohd Din tidak pernah datang ke pejabatnya dan menggunakan komputer beliau untuk membuat draf surat sokongan berhubung\u00a0kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem mekanikal dan ektrikal (M&amp;E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).<\/p>\n<p>Peter, 51, berkata keterangan Mohd Shukur\u00a0bahawa dia membuat draf surat sokongan tanpa tajuk yang kemudian ditinggalkan dalam komputer adalah pembohongan kerana rakannya itu\u00a0tidak pernah datang ke pejabat beliau di Plaza Damai, Kota Kinabalu\u00a0untuk berbuat demikian.<\/p>\n<p>&#8220;Keterangan saksi pendakwaan ketiga itu bahawa dia datang semula ke pejabat untuk mengambil surat berkenaan daripada saya yang telah dicetak juga satu pembohongan,&#8221; katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam\u00a0S. Devanandan, yang mewakili beliau, pada hari pertama prosiding membela diri terhadap pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja M&amp;E.<\/p>\n<p>Peter berkata beliau jarang berada di pejabat\u00a0dan hanya terdapat sebuah komputer yang sering digunakan oleh setiausahanya setiap hari.<\/p>\n<p>Disoal sama ada setiausaha atau kerani beliau pernah memaklumkan mengenai kehadiran Mohd Shukur ke pejabatnya, Peter menjawab &#8220;tidak pernah.&#8221;<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah berdasarkan keterangan Mohd Shukor, Peter memalsukan dokumen itu kerana tertuduh yang menaip tajuk pada surat tersebut saksi berkenaan mengosongkan bahagian kepala draf surat sokongan\u00a0yang ditinggalkan dalam komputer di pejabat beliau namun keesokannya mendapati ia telah diisi dengan tarikh, tajuk dan kandungan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Peter juga berkata beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana pegawai atasan UMS menyediakan surat sokongan berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem M&amp;E di universiti itu.<\/p>\n<p>Menyentuh notis tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diserahkan kepadanya, Peter berkata beliau enggan menandatangani notis itu kerana telah memberikan\u00a0kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan sejak 2014.<\/p>\n<p>\u201cSemasa dipanggil untuk ke pejabat SPRM Sabah, pegawai SPRM memaklumkan kepada saya mengenai tangkapan di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. Fikiran saya agak bercelaru kerana saya tidak bersetuju dengan tuduhan di bawah seksyen tersebut.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cSPRM memaklumkan bahawa mereka akan memasukkan saya ke dalam lokap SPRM\u00a0namun jika saya membayar wang jaminan RM10,000, saya akan dilepaskan. Saya membayarnya dan saya dilepaskan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika disoal sama ada Peter bertanya kepada pegawai SPRM selepas menerima notis tangkapan itu, Peter menjawab &#8220;Ada, dan pegawai itu hanya menyatakan seksyen itu adalah (berkaitan kesalahan) memberi rasuah atau suapan wang namun tidak memberitahu kepada siapa saya memberi suapan tersebut.&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak pernah sama sekali memberi suapan kepada mana-mana pihak sebelum ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.<\/p>\n<p>Pada 14 Dis 2021, Mahkamah Sesyen memerintahkan Peter untuk membela diri atas pertuduhan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014\u00a0iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.<\/p>\n<p>Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa\u00a0hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda\u00a0jika sabit kesalahan.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Mohd Shukur Mohd Din&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":7935,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-7934","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7934","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7934"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7934\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7937,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7934\/revisions\/7937"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/7935"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7934"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7934"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7934"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}