{"id":7938,"date":"2022-02-10T04:35:11","date_gmt":"2022-02-10T04:35:11","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7938"},"modified":"2022-02-10T04:35:11","modified_gmt":"2022-02-10T04:35:11","slug":"saya-tiada-aset-usd681-juta-untuk-dibeku-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/saya-tiada-aset-usd681-juta-untuk-dibeku-najib\/","title":{"rendered":"Saya tiada aset USD681 juta untuk dibeku &#8211; Najib"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai aset bernilai USD681 juta (RM2.6 bilion pada 2013) untuk dibeku.<\/p>\n<p>\u201cIni palsu. Setelah bertahun-tahun menyiasat, kerajaan amat jelas berapa nilai aset yang saya ada,\u201d katanya dalam laporan FMT online disiarkan menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.<\/p>\n<p>Penjelasan itu susulan perintah injunksi Mareva ex-parte kepada 1MDB dan anak syarikatnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membekukan aset Najib atau ejennya berkaitan tuntutan syarikat itu bernilai USD681 juta.<\/p>\n<p>Dalam hantaran itu juga, Najib berkata, saman sivil oleh 1MDB yang difailkan oleh Tetuan Rosli Dahlan Saravana merupakan firma yang dimiliki oleh peguam peribadi bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<div class=\"code-block code-block-6\">Firma itu dilantik ketika Muhyiddin berkuasa.<\/div>\n<div><\/div>\n<p>\u201cDi dalam kes jenayah berhubung 1MDB, saya telah didakwa sembilan tuduhan atas akta AMLA sebab RM2.6 billion ini pernah masuk akaun saya dan saya juga didakwa enam tuduhan sebab RM2.6 bilion ini telah dipulangkan kepada penghantar, empat bulan selepas diterima.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun dana dikembalikan sepenuhnya, 1MDB masih mahu saman saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Najib berkata saman sivil 1MDB terhadapnya hanya berdasarkan afidavit salah seorang pegawainya dan disebabkan ia merupakan saman sivil, maka ia hanya melibatkan tuntutan ganti rugi dan bukannya hukuman penjara.<\/p>\n<p>\u201cSaman sivil itu berdasarkan afidavit sahaja juga pernah digunakan atas saya oleh kerajaan dalam kes lucut hak dana dan harta di mana kerajaan kalah kedua-dua kes tersebut,\u201d kata Najib.<\/p>\n<p>Beliau berkata adalah jelas bahawa saman sivil 1MDB bertujuan membina persepsi bahawa beliau mempunyai aset bernilai USD681 juta yang boleh dibekukan.<\/p>\n<p>\u201cPaling menarik ialah semasa 1MDB memohon mahkamah hadkan pengeluaran wang dari akaun saya, syarikat itu telah memberi jaminan (undertaking) kepada pesuruhjaya kehakiman bahawa mereka akan membayar sebarang ganti-rugi kepada saya sekiranya syarikat itu kalah saman sivil ini.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah satu bentuk jaminan kerajaan. Adakah jaminan kerajaan ini telah diluluskan kabinet,\u201d kata Najib.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai aset bernilai USD681 juta (RM2.6 bilion&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":4129,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-7938","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7938","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7938"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7938\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7939,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7938\/revisions\/7939"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4129"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7938"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7938"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7938"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}