{"id":7985,"date":"2022-02-11T12:30:50","date_gmt":"2022-02-11T12:30:50","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=7985"},"modified":"2022-02-11T12:31:17","modified_gmt":"2022-02-11T12:31:17","slug":"syor-mpn-buka-sempadan-1-mac-belum-boleh-dilaksanakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/syor-mpn-buka-sempadan-1-mac-belum-boleh-dilaksanakan\/","title":{"rendered":"Syor MPN buka sempadan 1 Mac belum boleh dilaksanakan"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>TANGKAK: Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka kembali pintu sempadan negara seawal 1 Mac ini belum dibincangkan di peringkat Kabinet, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n<p>Beliau berkata setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum memberikan maklum balas mengenai cadangan itu kepada Kabinet untuk dinilai.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mesti seimbangkan antara nak menjaga industri pelancongan dan kesihatan rakyat, maka Kementerian Kesihatan akan melihat secara terperinci dan beri cadangan kepada Kabinet nanti apa yang patut dilakukan seterusnya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Setakat hari ini kita masih tutup sempadan kita&#8230; belum ada perbicangan lagi untuk buka,&#8221; katanya yang juga Naib Presiden UMNO ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama\u00a0Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang di Dewan Putra Padang Lerek di sini hari ini.<\/p>\n<p>Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Ketua UMNO bahagian Ledang Datuk Hamim Samuri.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Pada 8 Feb lepas\u00a0Pengerusi\u00a0Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata MPN bersetuju mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ismail\u00a0Sabri berkata kerajaan setakat ini hanya membuka sempadan Malaysia-Singapura di Johor menggunakan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) sahaja.<\/p>\n<p>Menurutnya kerajaan sedar dengan keluhan pengusaha industri pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19 namun beliau tidak mahu kemasukan pelancong asing ke dalam negara akan meningkatkan kes dalam negara.<\/p>\n<p>&#8220;Ada kawan-kawan masa saya (bertugas sebagai menteri) di Kementerian Pelancongan, kawan-kawan saya kata tak boleh\u00a0<em>survive<\/em>, pemandu pelancong, dia bergantung kepada pendapatan dia bawa pelancong. Sekarang ni tidak ada (pelancong), mereka tidak boleh\u00a0<em>survive<\/em>.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Mungkin kita melihat sekarang ini kerajaan masih bantu (dari segi) subsidi upah gaji kepada pekerja-pekerja tapi kita bayar tak banyak, cuma RM600. Maknanya itu untuk membantu tapi tak tahu berapa lama mereka boleh survive.<\/p>\n<p>&#8220;Itu akhirnya kita mungkin akan buka sempadan tapi bila nak buka\u00a0itu kita terpaksa dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan sebab betul, kita nak buka\u00a0sempadan sebab nak bantu industri pelancongan, tapi kita juga mahu jaga kesihatan rakyat negara kita. Kalau yang datang pelancong membawa jangkitan ia lebih mempercepat pertambahan kes dan membahayakan kesihatan rakyat kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANGKAK: Cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka kembali pintu sempadan negara seawal 1 Mac ini belum dibincangkan di peringkat&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":6667,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-7985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7986,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7985\/revisions\/7986"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}