{"id":8022,"date":"2022-02-13T07:41:05","date_gmt":"2022-02-13T07:41:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8022"},"modified":"2022-02-13T07:41:05","modified_gmt":"2022-02-13T07:41:05","slug":"ada-agenda-serang-saya-jatuhkan-sprm-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/ada-agenda-serang-saya-jatuhkan-sprm-azam-baki\/","title":{"rendered":"Ada agenda serang saya, jatuhkan SPRM &#8211; Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menjangka berdepan lebih banyak serangan peribadi dalam \u201cmasa terdekat\u201d dalam cubaan individu tertentu menghakis kepercayaan awam terhadap badan anti-rasuah itu.<\/p>\n<p>Meski pun Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak mendapati sebarang salah laku dalam isu saham yang dikaitkan kepadanya, Azam meramal, tekanan memaksanya untuk meletak jawatan akan berterusan susulan kes-kes rasuah berprofil tinggi disiasat SPRM.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa agenda segelintir individu (ialah) bukan sahaja mahu saya letak jawatan tetapi mahu menjatuhkan institusi SPRM itu sendiri lebih-lebih lagi apabila SPRM sekarang ini makin giat menyiasat kes-kes rasuah yang berprofil tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSaya menjangka perkara ini tidak akan berakhir di sini malah akan ditimbulkan tohmahan (dan) isu lain terhadap saya di masa yang terdekat. Kalau (usaha ini) berjaya, bermakna tiada lagi mana-mana agensi yang boleh dipercayai untuk orang awam rujuk sekiranya terdapat isu- isu yang melibatkan rasuah,\u201d katanya kepada FMT.<\/p>\n<p>Azam tidak menamakan kes berprofil tinggi yang dimaksudkan itu namun beberapa bekas menteri dan ahli politik telah dibawa ke muka pengadilan atas tuduhan rasuah melibatkan jutaan ringgit.<\/p>\n<p>Sebelum ini tiga timbalan beliau turut menyifatkan serangan terhadap Azam sebagai bermotif \u201cpolitik dendam\u201d dan menyatakan sokongan penuh terhadap beliau.<\/p>\n<p>Pada 18 dan 19 Jan lalu, SC mengumumkan bahawa inkuiri SC tidak mengesan sebarang kesalahan yang melibatkan Azam dalam isu pemilikan sahamnya dan telah menutup fail inkuiri terhadapnya.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Azam menjelaskan beliau memenuhi segala keperluan undang undang berhubung transaksi itu pada tahun pada tahun 2015-2016.<\/p>\n<p>Dalam wawancara terbaru, Azam menyifatkan serangan peribadi untuk menjatuhkan imej beliau dan SPRM sebagai sesuatu yang dirancang dengan teliti.<\/p>\n<p>\u201cPada pandangan peribadi saya, ya\u2026 ia (dilakukan) sangat terancang oleh seseorang tetapi saya tak tahu (siapa). Itu sahaja yang saya dapat lihat daripada agenda yang dibangkitkan,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan SPRM tetap komited melaksanakan amanah rakyat memerangi rasuah tanpa pilih kasih atau campur tangan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Azam mengambil iktibar daripada apa yang dilaluinya untuk mengenal \u201csiapa kawan dan siapa lawan.\u201d<\/p>\n<div id=\"div-gpt-ad-1608705418130-0\" data-google-query-id=\"COLFhd2V_PUCFcomvQod11kCDg\">\n<p>\u201cBila berlaku (serangan) kepada saya, saya anggap ini sebagai cabaran, apa lagi yang saya boleh buat. Saya perlu berlapang dada, terlalu banyak pengajaran yang dipelajari di sini.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga benar-benar tahu siapa yang berada di belakang saya dan menyokong saya terutamanya, pegawai-pegawai saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Berkongsi pengalaman sepanjang 35 tahun bersama SPRM, Azam berkata, beliau pernah menerima mesej \u201camaran\u201d daripada individu yang tidak dikenali.<\/p>\n<p>\u201cMesej maki hamun itu biasa\u2026ada juga yang hantar mesej kata hati-hati, keluarga anda akan ditimpa musibah\u2026(sila) hati-hati kalau tak kita akan sihir anda dan anak-anak anda. Mesej sebegitu ada tetapi ancaman bunuh yang betul-betul tiada,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menjangka berdepan lebih banyak serangan peribadi dalam \u201cmasa terdekat\u201d dalam cubaan individu&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":6851,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8023,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8022\/revisions\/8023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6851"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}