{"id":8143,"date":"2022-02-18T06:24:31","date_gmt":"2022-02-18T06:24:31","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8143"},"modified":"2022-02-18T06:24:31","modified_gmt":"2022-02-18T06:24:31","slug":"tidak-berasas-melampau-ebit-lew","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tidak-berasas-melampau-ebit-lew\/","title":{"rendered":"Tidak berasas, melampau &#8211; Ebit Lew"},"content":{"rendered":"<p class=\"p1\">TENOM: Tidak berasas dan melampau. Itulah yang disifatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual yang dihadapinya hari ini.<\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, menganggap itu adalah sebahagian daripada ujian terhadap dirinya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Menurutnya, walaupun terkejut dengan tuduhan yang dikenakan, beliau reda dengan segala ujian itu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, ini adalah antara ujian Allah SWT dan tujuannya untuk mengampunkan dosa, beri pahala dan juga menaikkan darjat.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya tidak rasa apa-apa, saya tahu saya tidak bersalah dan yakin ini perancangan ramai orang daripada dulu lagi yang cuba mengganggu kerja-kerja amal kami.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Memang setiap kali terkena ujian kita rasa berat, tapi saya dari dulu belajar, kita kena berdoa dan jangan bersedih kerana ujian yang datang itu adalah satu sunnahtullah,&#8221; katanya laporan Berita Harian ketika ditemui, hari ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya, pertuduhan itu juga bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau dan mendakwa dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk mengenakan saya,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Katanya beliau terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya tahu beberapa hari lalu ketika melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu, terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">&#8220;Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya, kena pula ketika buat kerja amal,&#8221; katanya.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Terdahulu Ebit didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.<\/span><\/p>\n<p class=\"p1\"><span class=\"s1\">Mahkamah menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.<\/span><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TENOM: Tidak berasas dan melampau. Itulah yang disifatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual yang dihadapinya hari&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8144,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8143","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8143","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8143"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8143\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8145,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8143\/revisions\/8145"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}