{"id":8220,"date":"2022-02-20T11:52:14","date_gmt":"2022-02-20T11:52:14","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8220"},"modified":"2022-02-20T11:52:14","modified_gmt":"2022-02-20T11:52:14","slug":"kalah-kepada-laos-bukan-tamparan-tapi-kedegilan-kim-swee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kalah-kepada-laos-bukan-tamparan-tapi-kedegilan-kim-swee\/","title":{"rendered":"Kalah kepada Laos: Bukan tamparan Tapi &#8216;kedegilan&#8217; &#8211; Kim Swee"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kekalahan mengejutkan\u00a0Malaysia di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, diharap membuka mata semua pihak mengenai\u00a0impak ketiadaan kelompok pemain utama dalam pasukan.<\/p>\n<p>Bekas\u00a0Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee berkata tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut,\u00a0cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah.<\/p>\n<p>Menurut Kim Swee, idea untuk \u2018merehatkan\u2019 pemain utama dengan tanggapan\u00a0pihak lawan adalah pasukan belasahan\u00a0juga perlu dikikis, sekali gus membuka peluang kepada jurulatih untuk mendapatkan pemain dikehendaki bagi mengharungi kejohanan disertai.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan lagi tamparan (kekalahan kepada Laos), ini bagi saya merupakan \u2018kedegilan\u2019 kita. Berapa kali kita nak \u2018ditampar\u2019 dengan pasukan-pasukan seperti ini?.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>\u201cKita perlu hentikan perkara ini,\u00a0kita kena cari jalan penyelesaian untuk dapatkan pemain terbaik dalam pasukan. Bagi saya kita harus tampil dengan satu solusi untuk membenarkan\u00a0pemain terbaik kita dapat didedahkan kepada perlawanan-perlawanan seperti ini,\u201d katanya kepada Bernama, hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pada masa sama, Kim Swee mengakui terdapat\u00a0kewajaran di sebalik pendekatan menurunkan pasukan \u2018kedua\u2019 terutama pada kejohanan yang tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), antaranya memberi peluang kepada jurulatih menguji pemain berbeza.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad senior dan B-23 kebangsaan itu berkata jika pasukan tidak berjaya\u00a0mencapai sasaran ditetapkan, kegagalan itu tidak seharusnya diletakkan kepada individu tertentu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, saya, apabila Sukan SEA 2019 bukan dalam kalendar FIFA dan beberapa pemain tak dibenarkan sertai pasukan, apa berlaku pada saya?.. saya dipecat. Saya bukan mahu mempertahankan sesiapa cuma perkara ini dah banyak kali saya cakap.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cDaripada dulu bila kita tewas saya dah katakan kita tak boleh pandang rendah pasukan Laos, Kemboja dan Filipina dan kali\u00a0ini terbukti, mereka telah mengurangkan jurang dengan pasukan kita,\u201d kata Ketua Jurulatih Sabah FC berusia 51 tahun itu.<\/p>\n<p>Skuad B-23 kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney\u00a0membuka tirai kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 di\u00a0Phnom Penh, Kemboja dengan keputusan mengecewakan\u00a0selepas tewas 1-2 kepada Laos\u00a0di Stadium Prince, Jumaat lepas.<\/p>\n<p>Namun, Malaysia yang mempertaruhkan pasukan \u2018kedua\u2019 pada kejohanan itu sekali lagi akan bertemu Laos pada aksi terakhir kumpulan\u00a0di venue sama esok, dalam misi meraih kemenangan dengan kelebihan dua gol bagi\u00a0mencerahkan peluang mara ke peringkat separuh akhir selaku juara Kumpulan B.<\/p>\n<p>Sebagai rekod, kekalahan 1-2 itu adalah kekalahan pertama Malaysia dalam enam pertemuan terakhir menentang Laos di\u00a0kejohanan peringkat B-23 sejak 2014.<\/p>\n<p>Sementara itu, Kim Swee menggesa barisan pemain negara yang dipilih beraksi pada kempen kejuaraan itu supaya\u00a0mempercayai keupayaan diri sendiri, menjelang misi membalas dendam terhadap Laos.<\/p>\n<p>Katanya kesemua pemain yang dibawa ke Kemboja perlu mengambil peluang keemasan tersebut untuk membuktikan kemampuan masing-masing, sekali gus mencerahkan masa depan mereka untuk terus dipilih mewakili pasukan negara.<\/p>\n<p>\u201cDengan ketidakhadiran atau pun dengan masalah pemain tak dilepaskan, jika mereka membukitkan mampu bermain dengan lebih baik dan dapatkan keputusan yang positif, sudah pasti sebagai seorang jurulatih, mereka akan dikekalkan untuk tugasan akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKalau mereka tidak ambil peluang ini bermakna pintu skuad kebangsaan mungkin akan tertutup untuk mereka selepas ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kekalahan mengejutkan\u00a0Malaysia di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, diharap&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":4431,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-8220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8220"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8220\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8221,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8220\/revisions\/8221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}