{"id":8234,"date":"2022-02-21T06:07:47","date_gmt":"2022-02-21T06:07:47","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8234"},"modified":"2022-02-21T06:07:47","modified_gmt":"2022-02-21T06:07:47","slug":"program-semarak-niaga-perbanyak-akses-pembiayaan-kepada-sektor-perniagaan-ismail-sabri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/program-semarak-niaga-perbanyak-akses-pembiayaan-kepada-sektor-perniagaan-ismail-sabri\/","title":{"rendered":"Program Semarak Niaga perbanyak akses pembiayaan kepada sektor perniagaan &#8211; Ismail Sabri"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang dilancarkan hari ini dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha perusahaan mikro, kecil\u00a0dan sederhana (PMKS) serta sektor informal.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap\u00a0golongan usahawan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi perniagaan mikro dan kecil, kerajaan peka akan keperluan akses kepada pembiayaan dengan kadar faedah yang rendah. Dalam perkara ini, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 ribu pada kadar faedah kosong peratus dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal. Saiz\u00a0dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8220;Bagi usahawan agromakanan pula, skim mikro kredit oleh Agrobank akan menawarkan pinjaman sehingga RM75 ribu pada kadar\u00a0kosong peratus untuk enam bulan pertama berserta kemudahan\u00a0 moratorium sehingga enam bulan,&#8221; kata Ismail Sabri ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut\u00a0di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Bagi perniagaan yang lebih matang, beliau berkata institusi kewangan seperti SME\u00a0 Bank akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim Dana Promosi IBS 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan\u00a0Usahawan Muda 2.0 (YEF 2.0).<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Secara kolektif, saiz dana untuk\u00a0kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta, jelasnya.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Sementara itu, bagi syarikat yang berdaya maju namun mempunyai kekangan mendapatkan dana baharu, Perdana Menteri berkata kerajaan dan institusi kewangan telah\u00a0merangka suatu pembiayaan bentuk baharu yang lebih anjal bagi\u00a0meluaskan keupayaan untuk memulihkan perniagaan.<\/p>\n<p>&#8220;Salah satunya ialah melalui kaedah ekuiti pendanaan awam (<em>crowd funding<\/em>)\u00a0dan pembiayaan antara rakan setara (<em>peer-to-peer financing<\/em>) yang akan disokong dengan peruntukan RM80 juta secara geran padanan untuk Malaysia Co-investment Fund, tambahan\u00a0kepada pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), sebanyak RM100 juta,&#8221; katanya<\/p>\n<p>Bagi membantu syarikat yang berdepan masalah keberhutangan atau gearing yang tinggi, Ismail Sabri berkata kaedah pendanaan melebihi RM2.2 bilion melalui pelaburan ekuiti dan <em>quasi-equity<\/em> turut tersedia.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Katanya kaedah ini diterajui oleh SME Bank dengan dana bernilai RM600\u00a0juta, manakala BPMB akan menawarkan Skim RESET\u00a0(<em>Rehabilitation and\u00a0Support Through Equity<\/em>), dengan saiz dana sebanyak RM500 juta.<\/p>\n<p>&#8220;Bank Negara Malaysia (BNM) juga menyediakan Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan\u00a0 bernilai RM1 bilion untuk tujuan yang sama. Secara keseluruhannya, sejumlah RM14.2 bilion dana tersedia\u00a0untuk PKS.<\/p>\n<p>&#8220;Untuk ketersediaan dana yang berterusan, dana khas BNM\u00a0terutamanya\u00a0Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar dan Kemudahan Agromakanan\u00a0telah ditingkatkan secara kolektif sebanyak RM2.5 bilion kepada RM10\u00a0bilion. Jumlah ketersediaan pelbagai dana PKS BNM pada masa ini\u00a0adalah sebanyak RM10 bilion,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Selain itu, Perdana Menteri berkata skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan jaminan untuk pembiayaan\u00a0yang dijadualkan dan distruktur semula dengan had jaminan bernilai RM22 bilion, disasarkan untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu\u00a0yang sebelum ini sukar diperolehi.<\/p>\n<p>&#8220;Ingin saya tegaskan bahawa inisiatif-inisiatif ini tidak mengambil kira\u00a0penambahbaikan kepada Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi PMKS\u00a0yang terjejas yang telah saya umumkan baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Jelas sekali, Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dan\u00a0Bantuan Banjir Keluarga Malaysia mencerminkan prinsip Keluarga\u00a0Malaysia dengan \u00a0\u201ctiada yang dipinggirkan\u201d, bagai berdiri sama tinggi,\u00a0duduk sama rendah, bersukat sama paras, bertimbang sama berat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Seterusnya, beliau menambah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia akan menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan melalui sektor kewangan dalam\u00a0menyediakan kemudahan pembiayaan dan bantuan bayaran balik\u00a0pinjaman terutamanya dalam fasa pemulihan pasca pandemik ini.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia yang dilancarkan hari ini dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion akan memperbanyakkan akses&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8235,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8234","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8234","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8234"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8234\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8236,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8234\/revisions\/8236"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8235"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8234"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8234"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8234"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}