{"id":8253,"date":"2022-02-21T23:39:55","date_gmt":"2022-02-21T23:39:55","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8253"},"modified":"2022-02-21T23:40:07","modified_gmt":"2022-02-21T23:40:07","slug":"unicef-jpas-sabah-laksana-program-pemantauan-kualiti-udara-di-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/unicef-jpas-sabah-laksana-program-pemantauan-kualiti-udara-di-sekolah\/","title":{"rendered":"UNICEF, JPAS Sabah laksana program pemantauan kualiti udara di sekolah"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah hari ini mengumumkan projek bersama pemantauan kualiti udara untuk sekolah di Sabah.<\/p>\n<p>Pengarah JPAS Sabah\u00a0Vitalis J. Moduying berkata projek\u00a0\u2018Air Quality Monitoring in Schools\u2019 (AQUAMS) itu akan memantau kualiti udara di sekolah-sekolah dan menyasarkan untuk mewujudkan program pemantauan kualiti udara sains masyarakat di negeri ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata Projek AQUAMS akan dilaksanakan bagi tempoh 12 bulan yang melibatkan pembangunan kapasiti, penglibatan dengan sekolah dan masyarakat serta penerbitan buku panduan.<\/p>\n<p>\u201cBersama-sama dengan UNICEF, kami harap dapat melaksanakan sistem pemantauan iklim dan kualiti udara di seluruh negeri untuk melindungi kualiti udara daripada terus merosot. Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama dalam sokongan teknikal, perkongsian data dan pembangunan pelan tindakan serantau mengenai kesihatan persekitaran kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran isu pencemaran udara serta pelbagai masalah alam sekitar di Sabah termasuk antara lain pengurusan sisa dan\u00a0pencemaran air,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Sementara itu, kenyataan itu menyebut satu kajian mendapati peningkatan kekerapan dan intensiti taufan yang menjejaskan penduduk dan kanak-kanak di Pulau Gaya, menyebabkan kenaikan dalam penyakit berjangkit, gangguan akses ke sekolah dan mengehadkan akses\u00a0kepada bekalan dan perkhidmatan asas.<\/p>\n<p>Kajian itu dijalankan oleh UNICEF Malaysia bersama\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\u00a0 dan\u00a0Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertajuk \u2018Impact of Climate Change on Children: A Malaysian Perspective\u2019 (ICCC) yang dilancarkan pada 2021.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan itu, laporan ICCC menyeru pembuat dasar dan pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan dan swasta serta inovator sosial agar mengambil tindakan iklim segera di Malaysia.<\/p>\n<p>Wakil UNICEF ke Malaysia dan Wakil Khas ke Brunei\u00a0Dr Rashed Sarwar berkata perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar boleh dikatakan satu-satunya ancaman terbesar kepada pelaksanaan hak kanak-kanak yang secara berterusan mengurangkan dekad kemajuan global dalam meningkatkan kebajikan kanak-kanak.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cUNICEF sebagai organisasi terbesar dunia dalam memperjuangkan\u00a0hak kanak-kanak, akan terus menerajui dalam melindungi hak kanak-kanak untuk persekitaran\u00a0yang selamat, bersih, sihat dan mampan,\u201d katanya dalam kenyataan itu.<\/p>\n<p>Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS Prof Madya\u00a0Dr Ramzah Dambul berkata isu perubahan iklim dan pencemaran alam sekitar semakin berleluasa secara global, dan Malaysia tidak terkecuali.<\/p>\n<p>\u201cMemandangkan purata suhu permukaan terus meningkat, negara dijangka mengalami\u00a0sistem cuaca yang semakin tidak menentu. Bagaimanapun, kanak-kanak secara konsisten diabaikan dalam reka bentuk dan kandungan dasar iklim,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU:Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Sabah hari ini mengumumkan projek bersama pemantauan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8254,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8253","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8253","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8253"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8253\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8255,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8253\/revisions\/8255"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8254"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8253"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8253"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8253"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}