{"id":8300,"date":"2022-02-23T06:44:37","date_gmt":"2022-02-23T06:44:37","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8300"},"modified":"2022-02-23T06:44:37","modified_gmt":"2022-02-23T06:44:37","slug":"individu-tidak-divaksin-berisiko-dapat-covid-19-tahap-serius-kematian-kp-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/individu-tidak-divaksin-berisiko-dapat-covid-19-tahap-serius-kematian-kp-kesihatan\/","title":{"rendered":"Individu tidak divaksin berisiko dapat COVID-19 tahap serius, kematian &#8211; KP Kesihatan"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KUALA LUMPUR: Kumpulan individu yang tidak divaksin\u00a0tanpa mengira usia merupakan golongan yang\u00a0paling berisiko\u00a0dijangkiti COVID-19 kategori empat dan lima serta berdepan dengan kematian akibat jangkitan virus\u00a0berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keadaan itu dapat dilihat\u00a0menerusi data Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai\u00a0kes COVID-19 kategori empat dan lima serta\u00a0data kematian akibat pandemik itu bagi setiap 100,000 populasi dalam\u00a0tempoh 26 Jan hingga 22 Feb.<\/p>\n<p>\u201cIni dapat dilihat pada carta KKM dan hampir semua kumpulan umur,\u201d katanya dalam kenyataan yang turut memuatkan carta yang menunjukkan kes COVID-19 kategori empat dan lima serta kematian bagi\u00a0setiap 100,000 penduduk adalah lebih tinggi dalam kalangan individu yang tidak divaksin\u00a0sepanjang tempoh berkenaan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Menurut Dr Noor Hisham kumpulan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 adalah yang paling terlindung daripada pandemik tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDapat dilihat jumlah kes yang lebih rendah dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori tiga, empat dan lima) dan juga kematian dalam\u00a0kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan yang lengkap divaksinasi tetapi belum menerima dos penggalak,\u201d katanya,<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Beliau berkata vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Mengenai peratus penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU)\u00a0COVID-19 di hospital Dr Noor Hisham berkata empat negeri menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus\u00a0iaitu Kelantan dengan 78 peratus, diikuti Johor (69 peratus), Kuala Lumpur (62 peratus)\u00a0dan Melaka (54 peratus).<\/p>\n<p>Merujuk kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, beliau berkata 27,179 kes direkodkan dengan 99.37 peratus atau 27,007 kes merupakan kes kategori satu dan dua manakala\u00a0hanya 172 kes atau 0.63 peratus merupakan kes dalam kategori tiga, empat dan lima.<\/p>\n<p>Sebanyak 19,037 kes sembuh COVID-19 dicatatkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini menghampiri tiga juta kes iaitu 2,974,441 kes.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kumpulan individu yang tidak divaksin\u00a0tanpa mengira usia merupakan golongan yang\u00a0paling berisiko\u00a0dijangkiti COVID-19 kategori empat dan lima serta berdepan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":4459,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8301,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8300\/revisions\/8301"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}