{"id":8302,"date":"2022-02-23T06:54:05","date_gmt":"2022-02-23T06:54:05","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8302"},"modified":"2022-02-23T06:54:05","modified_gmt":"2022-02-23T06:54:05","slug":"pertimbangkan-semula-sop-kempen-prn-johor-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/pertimbangkan-semula-sop-kempen-prn-johor-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Pertimbangkan semula SOP kempen PRN Johor &#8211; Muhyiddin"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>KULAI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP) berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.<\/p>\n<p>Presiden Bersatu itu berkata meskipun terdapat beberapa kelonggaran terhadap ketetapan SOP itu, ia dilihat agak ketat dan\u00a0kurang praktikal.<\/p>\n<p>\u201cAgak ketat juga kerana hanya boleh berceramah di satu tempat (seperti) bilik gerakan, jadi takkan seluruh rakyat Johor nak datang situ. Contoh, di DUN (Dewan Undangan Negeri) Bukit Permai dan di (kampung) Felda ini sendiri jauh.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cTidak praktikal bagi saya sedangkan majlis-majlis sosial dibenarkan, kenduri kahwin boleh, jadi apa bezanya\u2026Kalau satu kawasan ada 30,000 pengundi macam mana nak berhubung dengan pengundi,\u201d katanya ketika diminta mengulas berhubung SOP yang ditetapkan SPR bagi pilihan raya negeri itu.<\/p>\n<p>Beliau ditemui pemberita selepas program Ramah Mesra Warga Felda di Felda Taib Andak di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Menurut SOP dikeluarkan SPR sebelum ini, penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang.<\/p>\n<p>Menjelas lanjut, Muhyiddin berkata ketetapan SOP itu dilihat memberi sedikit kelonggaran tetapi ia tidak memadai memandangkan tempoh berkempen tidak begitu lama.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau berpendirian bahawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)\u00a0belum mempunyai perjuangan yang boleh diukur oleh rakyat.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Muhyiddin berkata parti berkenaan dilihat tidak berstruktur namun beliau menghormati hak serta keputusan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sistem demokrasi negara termasuk keterlibatan MUDA pada PRN Johor.<\/p>\n<p>\u201cDia (Syed Saddiq) berani untuk tawar beberapa muka (calon) baharu (untuk bertanding PRN Johor), maka terserah kepada pengundi,\u201d katanya ketika diminta memberi reaksi berkenaan keputusan MUDA meletakkan calon di medan tempur PN.<\/p>\n<p>Isnin lepas, Syed Saddiq dilaporkan berkata MUDA akan bertanding di kerusi yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional dan\u00a0Bersatu serta\u00a0langkah tersebut bagi mengelak\u00a0berlaku pertembungan kerusi antara parti-parti dalam\u00a0Pakatan Harapan.<\/p>\n<p>SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian, penamaan calon pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Mac.<\/p>\n<p>&#8212;\u00a0BERNAMA<\/p>\n<p class=\"text-secondary\">\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KULAI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula prosedur operasi standard (SOP)&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8270,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[21],"tags":[],"class_list":["post-8302","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8302"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8303,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8302\/revisions\/8303"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}