{"id":8349,"date":"2022-02-24T23:59:13","date_gmt":"2022-02-24T23:59:13","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8349"},"modified":"2022-02-25T00:02:31","modified_gmt":"2022-02-25T00:02:31","slug":"malaysia-airports-mohon-maaf-bekalan-elektrik-terputus-10-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/malaysia-airports-mohon-maaf-bekalan-elektrik-terputus-10-jam\/","title":{"rendered":"Malaysia Airports mohon maaf bekalan elektrik terputus hampir 10 jam"},"content":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) hari ini memohon maaf atas ketidakselesaan dialami penumpang berikutan gangguan bekalan elektrik selama kira-kira 10 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bermula petang semalam.<\/p>\n<p>Pemangku Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports, Kamaruzzaman Razali, berkata kejadian bermula jam 4.45 petang semalam sebelum pulih sepenuhnya jam 3.20 pagi hari ini, hanya menjejaskan beberapa kawasan terminal.<\/p>\n<p>Katanya, gangguan bekalan elektrik berlaku ketika kerja pemindahan bekalan elektrik yang dikendalikan kontraktor lapangan terbang.<\/p>\n<p>&#8220;Pemprosesan penumpang di terminal dapat dilaksanakan seperti biasa dengan bekalan elektrik alternatif disediakan menggunakan beberapa set janakuasa untuk operasi perlu.<\/p>\n<p>&#8220;Operasi pesawat seperti pendaratan dan pelepasan tidak terjejas dan tiada penerbangan tertangguh akibat insiden berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, kita sangat kesal dengan insiden itu dan meminta maaf atas ketidakselesaan yang dialami tetamu lapangan terbang dan rakan peruncit ketika gangguan bekalan elektrik berkenaan,&#8221; katanya menurut laporan Berita Harian hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pasukan teknikal lapangan terbang dikerah segera untuk menyelesaikan masalah itu dan bekerja tanpa henti bersama kontraktor untuk memulihkan bekalan utama elektrik.<\/p>\n<p>Katanya, Malaysia Airports juga mengerahkan tenaga kerja tambahan ke kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penumpang.<\/p>\n<p>&#8220;Pasukan lapangan terbang juga sangat komited memastikan pergerakan penerbangan tidak terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan elektrik.<\/p>\n<p>&#8220;Semua 14 pelepasan dan 22 ketibaan penerbangan berjalan dengan lancar dengan pesawat terakhir berlepas dari KKIA pada jam 12.40 tengah malam,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kamaruzzaman berkata, Malaysia Airports kekal komited untuk menyediakan pengalaman pengembaraan yang selamat dan selesa di semua rangkaian lapangan terbangnya dan akan terus meletakkan keselamatan serta keselesaan penumpang sebagai keutamaan tertinggi.<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) hari ini memohon maaf atas ketidakselesaan dialami penumpang berikutan gangguan bekalan elektrik&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8351,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8349","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8349","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8349"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8349\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8353,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8349\/revisions\/8353"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8351"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8349"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8349"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8349"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}