{"id":8424,"date":"2022-02-27T01:35:59","date_gmt":"2022-02-27T01:35:59","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8424"},"modified":"2022-02-27T01:35:59","modified_gmt":"2022-02-27T01:35:59","slug":"piala-sumbangsih-jdt-mudah-atasi-kl-city-fc-3-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/piala-sumbangsih-jdt-mudah-atasi-kl-city-fc-3-0\/","title":{"rendered":"Piala Sumbangsih: JDT mudah atasi KL City FC 3-0"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) menepati ramalan mengatasi Kuala Lumpur City (KL) City FC\u00a0untuk menjulang\u00a0Piala\u00a0Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut selepas mencatat kemenangan 3-0\u00a0di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, malam ini.<\/p>\n<p>Jaringan pemain tengah\u00a0Muhamad Nazmi Faiz Mansor dan penyerang import baharu\u00a0Fernando Forestieri masing-masing meletakkan JDT mendahului pada separuh masa pertama sebelum pemain gantian Mohd Afiq Fazail melengkapkan malam gemilang pasukan dengan gol ketiga pada penghujung perlawanan.<\/p>\n<p>Kejayaan\u00a0di laman sendiri itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menjulang\u00a0Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh dalam tempoh lapan musim sejak mula mendominasi saingan itu pada 2018.<\/p>\n<p>JDT juga memahat sejarah tersendiri malam ini apabila muncul satu-satunya pasukan merekodkan pencapaian memenangi Piala\u00a0Sumbangsih lima kali berturut-turut selepas mencipta hatrik pada edisi 2020 diikuti kejayaan musim 2021.<\/p>\n<p>Bermain di hadapan penyokong sendiri di gelanggang keramat mereka, skuad bimbingan Benjamin Mora yang tewas kepada KL City FC di pentas final Piala Malaysia 2021 Disember lepas, memulakan aksi dengan garang apabila berjaya mencipta beberapa peluang berbahaya pada 10 minit pertama.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Dua percubaan berbahaya JDT hadir menerusi pemain import Leandro\u00a0Velazquez\u00a0dan\u00a0Forestieri, namun rembatan dari luar masing-masing pada minit ketujuh dan kesembilan itu sedikit tersasar daripada pintu gol KL City FC yang dikawal pemain kebangsaan Filipina Kevin Ray Mendoza.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Selepas usaha memburu gol awal JDT menerusi hantaran-hantaran ke dalam kotak penalti dan rembatan dari luar kotak penalti gagal mendatangkan hasil, jaringan yang ditunggu-tunggu hadir pada minit ke-26 sekali gus menceriakan puluhan ribu penonton tuan rumah.<\/p>\n<p>Gol terhasil apabila\u00a0Muhamad Nazmi bijak menyelinap\u00a0melepasi\u00a0pertahanan lawan untuk membuat tandukan kemas, namun pujian\u00a0harus diberikan kepada pemain sayap muda\u00a0Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya menggelecek Declan Lambert\u00a0 sebelum membuat hantaran cantik menggunakan kaki kiri.<\/p>\n<p>Lima minit berselang giliran\u00a0Forestieri merobek gawang KL City FC dengan melepaskan rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti sekali gus menyaksikan bekas penyerang Udinese dan Watford berusia 32 tahun itu memperkenalkan dirinya kepada penyokong JDT dengan bergaya.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Ketinggalan 0-2, barisan pemain skuad kendalian Bojan Hodak mula hilang arah, namun masih gagal mencipta percubaan berbahaya dalam usaha mengejar kedudukan apabila setiap gerakan berjaya dipatahkan pasukan tuan rumah untuk kekal mendahului pada separuh masa pertama.<\/p>\n<p>Bersambung babak kedua, KL City FC tampil lebih segar dengan berjaya melakukan percubaan tepat ke arah gawang lawan, namun tandukan pemain import baharu\u00a0Kevin Koubemba pada minit ke-46 itu berjaya diselamatkan penjaga gol JDT yang juga kapten pasukan Mohd Farizal Marlias.<\/p>\n<p>Enggan menyerah kalah, Hodak\u00a0melakukan beberapa pertukaran antaranya membawa masuk penyerang Muhammad Hadin Azman\u00a0dalam usaha memperbaiki mutu serangan pasukan yang tumpul tetapi percaturan itu gagal merampas penguasaan bola daripada JDT.<\/p>\n<p>Di penghujung perlawanan, Ketua Pasukan KL City FC Paulo Josue terlepas peluang keemasan merapatkan kedudukan selepas tandukan lemahnya pada minit ke-84 berpunca dari sepakan percuma berjaya ditepis Mohd Farizal.<\/p>\n<p>Justeru, JDT mengambil kesempatan untuk melakukan serangan balas yang menyaksikan Mohd Afiq\u00a0menjadikan kedudukan 3-0 selepas melepaskan sepakan voli dari luar kotak penalti sekali gus mengesahkan kemenangan pasukan.<\/p>\n<p>Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Mora memuji gaya permainan tenang dan berdisiplin anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan yang membuahkan kejayaan bermakna di awal musim.<\/p>\n<p>\u201cMereka tahu apa yang perlu dilakukan, semangat juang, mentaliti kemenangan, mengatasi cabaran, menguasai bola. Kami tahu KL akan bertahan, kami sudah\u00a0menganalisis \u2026\u00a0mereka\u00a0hanya menunggu JDT melakukan kesilapan.<\/p>\n<p>Sementara, Hodak berkata KL City memulakan perlawanan dalam keadaan kurang lancar dan anak buahnya bergelut dengan tekanan yang diberikan JDT.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta\u2019zim (JDT) menepati ramalan mengatasi Kuala Lumpur City (KL) City FC\u00a0untuk menjulang\u00a0Piala\u00a0Sumbangsih buat kali kelima berturut-turut&#8230;<\/p>","protected":false},"author":2,"featured_media":8425,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[16],"tags":[],"class_list":["post-8424","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8424","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8424"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8424\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8426,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8424\/revisions\/8426"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8425"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8424"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8424"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8424"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}