{"id":8497,"date":"2022-03-01T00:08:21","date_gmt":"2022-03-01T00:08:21","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8497"},"modified":"2022-03-01T00:08:21","modified_gmt":"2022-03-01T00:08:21","slug":"najib-mohon-tangguh-rayuan-berkaitan-bukti-baharu-dalam-kes-melibatkan-dana-src","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/najib-mohon-tangguh-rayuan-berkaitan-bukti-baharu-dalam-kes-melibatkan-dana-src\/","title":{"rendered":"Najib mohon tangguh rayuan berkaitan bukti baharu dalam kes melibatkan dana SRC"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon menangguhkan prosiding rayuan berkaitan\u00a0bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan\u00a0dalam kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac di Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara itu berkata peguam Najib telah menghantar surat kepada Mahkamah Persekutuan untuk meminta tarikh perbicaraan rayuan itu dilapangkan.<\/p>\n<p>\u201cPasukan pembelaan\u00a0memohon penangguhan kerana mereka masih berusaha mendapatkan semua nota, bukti dan dokumen daripada perbicaraan SRC di\u00a0Mahkamah Tinggi, untuk menyediakan penghujahan bertulis bagi rayuan bukti\u00a0tambahan itu.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cBagaimanapun, mahkamah akan memaklumkan secara rasmi keputusan (penangguhan) kepada pihak-pihak terlibat dalam beberapa hari lagi,\u201d katanya kepada media selepas prosiding secara maya yang dijalankan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Siti Hajar Mustaffa.<\/p>\n<p>Beliau berkata\u00a0mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 8 April untuk peguam Najib mengesahkan tarikh permohonan Peguam Diraja\u00a0(QC) akan dibuat.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Pada 25 Jan, 2022,\u00a0 firma guaman\u00a0Tetuan Shafee &amp; Co menghantar sepucuk surat enam halaman kepada sekretariat Ketua Hakim Negara\u00a0Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung hasrat Najib\u00a0untuk melantik QC\u00a0dari United Kingdom bagi membantu bekas perdana menteri itu dalam\u00a0isu dan persoalan perundangan yang kompleks\u00a0dalam rayuannya di\u00a0Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Pada 7 Dis 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.<\/p>\n<p>Sehari selepas itu, mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.<\/p>\n<p>Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat dan\u00a0Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada\u00a028 Julai\u00a02020.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan dke Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon menangguhkan prosiding rayuan berkaitan\u00a0bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan\u00a0dalam&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8498,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[22],"tags":[],"class_list":["post-8497","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8497","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8497"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8497\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8499,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8497\/revisions\/8499"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8498"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8497"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8497"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8497"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}