{"id":8565,"date":"2022-03-03T00:21:53","date_gmt":"2022-03-03T00:21:53","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8565"},"modified":"2022-03-03T00:22:18","modified_gmt":"2022-03-03T00:22:18","slug":"kerajaan-malaysia-tidak-iktiraf-tuntutan-mereka-didakwa-pewaris-sultan-sulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/kerajaan-malaysia-tidak-iktiraf-tuntutan-mereka-didakwa-pewaris-sultan-sulu\/","title":{"rendered":"Kerajaan Malaysia tidak iktiraf tuntutan mereka didakwa Pewaris Sultan Sulu"},"content":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Kerajaan\u00a0Malaysia\u00a0menolak sepenuhnya tuntutan pampasan berjumlah\u00a0US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang diputuskan\u00a0menerusi\u00a0prosiding\u00a0timbang tara di Paris kepada pihak yang mendakwa sebagai\u00a0keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II .<\/p>\n<p>Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara\u00a0pada\u00a0Rabu,\u00a0kerajaan Malaysia\u00a0tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara yang dikatakan membawa kepada anugerah pampasan itu.<\/p>\n<p>Tambahan pula, hal perkara dalam tuntutan itu bukan bersifat komersil dan tidak boleh dibawa ke prosiding timbang tara.<\/p>\n<p>Selain itu, tuntutan berkenaan yang\u00a0berdasarkan kepada Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu\u00a0Sultan Mohamet Jamal Al Alam\u00a0dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent juga tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.<\/p>\n<p>Kenyataan itu berkata di bawah Perjanjian 1878, Sultan memberi\u00a0dan menyerahkan selama-lamanya hak kedaulatan ke atas wilayah tertentu yang terletak di Borneo Utara, yang kini menjadi sebahagian daripada Sabah, di Malaysia.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>&#8220;Kerajaan Malaysia selanjutnya menegaskan bahawa identiti pihak yang menuntut adalah diragui dan masih belum disahkan,&#8221; kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut laporan media, mahkamah timbang tara Perancis pada Isnin memutuskan bahawa Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 1878 dan memerintahkan membayar pampasan sekurang-kurangnya US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) kepada pewaris\u00a0Sultan Sulu terakhir.<\/p>\n<p>Anugerah pampasan itu dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022.\u00a0Proses timbang tara bermula\u00a0di\u00a0Sepanyol, kemudian berpindah ke Paris tempat pampasan itu<em>\u00a0<\/em>diputuskan.<\/p>\n<p>Pada 29 Jun 2021, berdasarkan permohonan kerajaan Malaysia, Keputusan Pembatalan\u00a0dikeluarkan\u00a0apabila Mahkamah Tinggi Madrid memutuskan bahawa penyampaian notis prosiding bagi pelantikan penimbang tara bagi tujuan tuntutan tidak diserahkan\u00a0dengan sewajarnya kepada Malaysia selaras dengan peraturan antarabangsa dan undang-undang Sepanyol sedia ada.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div><\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Kenyataan itu menyebut, akibat daripada Keputusan Pembatalan itu, Stampa bukan lagi seorang penimbang tara dalam prosiding timbang tara itu dan oleh yang demikian\u00a0semua keputusannya, termasuk anugerah pampasan itu, adalah tidak sah dan terbatal.<\/p>\n<p>Pihak yang menuntut,\u00a0dalam cubaan untuk memintas Keputusan Pembatalan\u00a0itu,\u00a0tanpa pengetahuan Kerajaan Malaysia, telah memperoleh perintah ex parte dari Tribunal de Grande Instance di Paris, Perancis (\u201cPerintah Exequatur\u201d) untuk mengiktiraf <em>Partial Award on Jurisdiction <\/em>yang dikeluarkan oleh Stampa pada 25 Mei 2020 (yang terbatal\u00a0akibat Keputusan Pembatalan itu).<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan Perintah Exequatur, Stampa telah menukar tempat timbang tara ke Paris, Perancis untuk memutuskan pampasan itu,\u201d kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan tuntutan itu dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara pada setiap masa.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p class=\"text-secondary\">\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Kerajaan\u00a0Malaysia\u00a0menolak sepenuhnya tuntutan pampasan berjumlah\u00a0US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang diputuskan\u00a0menerusi\u00a0prosiding\u00a0timbang tara di Paris kepada pihak yang mendakwa sebagai\u00a0keturunan Sultan&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8566,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8565","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8567,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8565\/revisions\/8567"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8566"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}