{"id":8576,"date":"2022-03-03T07:06:15","date_gmt":"2022-03-03T07:06:15","guid":{"rendered":"https:\/\/sabahnewstoday.net\/?p=8576"},"modified":"2022-03-03T07:06:15","modified_gmt":"2022-03-03T07:06:15","slug":"tempoh-sehingga-31-mac-untuk-dapatkan-dos-penggalak-adalah-muktamad-khairy","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/tempoh-sehingga-31-mac-untuk-dapatkan-dos-penggalak-adalah-muktamad-khairy\/","title":{"rendered":"Tempoh sehingga 31 Mac untuk dapatkan dos penggalak adalah muktamad &#8211; Khairy"},"content":{"rendered":"<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>SERDANG: Tempoh\u00a0sehingga 31 Mac ini untuk\u00a0penerima vaksin primer Sinovac mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap adalah muktamad, kata\u00a0Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.<\/p>\n<p>Beliau berkata selepas tarikh tersebut, status vaksinasi mereka\u00a0akan bertukar menjadi tidak lengkap, sekiranya mereka masih belum mendapat dos penggalak COVID-19.<\/p>\n<p>\u201cBermula 1 April, bagi penerima dos primer Sinovac tidak kira usia untuk dewasa berusia lebih 18 tahun, warga emas tetapi tidak menerima dos penggalak, status vaksinasi akan bertukar daripada kuning kepada putih. Itu muktamad,\u201d katanya\u00a0dalam sidang media perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memutuskan\u00a0penerima vaksin berusia 60 tahun ke atas dan individu berusia 18 tahun ke atas yang\u00a0menerima vaksin jenis Sinovac, perlu mendapatkan dos penggalak sebelum 28 Feb bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.<\/p>\n<p>Bagaimanapun\u00a0Khairy dalam sidang media pada 24 Feb lepas mengumumkan tempoh bagi mendapatkan dos penggalak untuk golongan tersebut dilanjutkan sehingga 31 Mac ini.<\/p>\n<div id=\"AdA_mid1\">\n<div id=\"ats-insert_ads-4-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-4 show_advertisement unrendered\">\n<div>\n<p>Khairy berkata sehingga kini, terdapat 35,000 warga emas yang merupakan penerima dos primer Sinovac, masih belum menerima dos penggalak.<\/p>\n<\/div>\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>\u201cUntuk warga emas, dos penggalak terbukti mencegah kesan buruk COVID-19. Oleh itu, adalah penting untuk golongan mendapatkan dos penggalak ini.<\/p>\n<p>\u201cMemang gelombang Omicron dilihat tidak seganas Delta, tetapi bagi warga emas terutama komorbid ia bukanlah satu penyakit yang ringan kerana penyakit ini boleh bawa kematian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Khairy berkata penerima\u00a0vaksin primer Sinovac terutama warga emas, kini boleh mendapatkan suntikan dos penggalak secara jumpa terus di pusat pemberian vaksin.<\/p>\n<div id=\"ATS_mb_mid2\">\n<div id=\"ats-insert_ads-5-wrapper\" class=\"insert_ads insert_ads-6 show_advertisement unrendered\">\n<div class=\"col-12 mt-3 text-dark text-justify\">\n<p>Dalam pada itu, Khairy berkata beliau akan bertemu ibu bapa kepada remaja lelaki berusia 13 tahun, yang didakwa meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Presint 18 di sini\u00a0pada 30 Dis tahun lepas.<\/p>\n<p>Katanya pertemuan dengan ibu bapa mendiang akan diadakan di pejabatnya di KKM di sini\u00a0esok.<\/p>\n<p>\u201cAdalah lebih baik jumpa ibu bapa mendiang dahulu sebelum apa-apa perkara diumumkan\u2026\u00a0ini kerana butiran kesihatan dan kematian adalah peribadi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 26 Feb lepas, portal media melaporkan ibu\u00a0bapa kepada remaja yang meninggal dunia beberapa minggu selepas divaksin, menyeru pihak berkaitan menjelaskan punca kematian anak tunggal mereka.<\/p>\n<p>Remaja berkenaan dikatakan tiba-tiba rebah di dalam lif blok perumahannya pada 16 Jan untuk menghadiri kelas karate, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SERDANG: Tempoh\u00a0sehingga 31 Mac ini untuk\u00a0penerima vaksin primer Sinovac mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap adalah&#8230;<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":8577,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_gspb_post_css":"","_kad_post_transparent":"","_kad_post_title":"","_kad_post_layout":"","_kad_post_sidebar_id":"","_kad_post_content_style":"","_kad_post_vertical_padding":"","_kad_post_feature":"","_kad_post_feature_position":"","_kad_post_header":false,"_kad_post_footer":false,"_kad_post_classname":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-8576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8578,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8576\/revisions\/8578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/sabahnewstoday.com.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}